Hiburan
Game On! Dewi Sedia Berhadapan Dengan Cik Epal - "Saya Akan Lawan Sehingga…"
Usahawan dan pempengaruh, Dewi memaklumkan dia sudah memfailkan memorandum kehadiran terhadap saman fitnah bagi pihak pempengaruh Cik Epal pada Selasa.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Dewi atau nama lengkapnya, Emira Delyati Dewi menegaskan apa yang disampaikannya semasa muncul di sebuah podcast adalah benar.
"Saya telah failkan memorandum kehadiran untuk saman fitnah bagi pihak Nur Munirah (Cik Epal).
"Saya ingin tegaskan, apa yang saya katakan dalam podcast tempoh hari adalah benar belaka," katanya menerusi Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Jumpa Di Mahkamah Nanti” - Cik Epal Keluarkan Surat Saman Terhadap Dewi
ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Cik Epal & Jofliam Semakin Meleret, Netizen Mula Rasa ‘Annoying’ - “Allahu, Malunya Bila Anak Besar Nanti…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Letak Jawatan Daripada Pizza Wagyu Jofliam - “Terima Kasih Jofliam, Saya Doakan ...”
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”
Pada masa sama, Dewi juga berharap kes ini tidak akan tamat di separuh jalan sahaja.
Malah bekas pembantu peribadi Jofliam itu juga berkata dia akan lawan sehingga ke peringkat perbicaraan.
"Saya berdoa kebenaran akan terungkai di mahkamah.
"Saya juga berharap kes ini tidak tamat di separuh jalan. Saya akan lawan sehingga perbicaraan untuk berhadapan dengan Nur Munirah," ujar Dewi.
Terdahulu, Pempengaruh sensasi, Cik Epal bersama peguamnya telah menghantar surat saman dan penyataan tuntutan terhadap Dewi.
Bekas isteri Jofliam, Cik Epal, tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak Dewi, sehingga dia memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Must-Watch Video