Viral
“Kita Jumpa Di Mahkamah Nanti” - Cik Epal Keluarkan Surat Saman Terhadap Dewi
Pempengaruh sensasi, Cik Epal memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan dia bersama peguamnya telah menghantar surat saman dan penyataan tuntutan terhadap Dewi.
Menerusi hantaran tersebut, Cik Epal menyatakan dia dan peguamnya telah menfailkan saman terhadap Dewi pada Jumaat lalu.
Katanya, mereka telah mencuba untuk menyerahkan surat itu selama dua kali pada minggu ini tetapi tidak berjaya.
Namun, akhirnya penyerahan itu dapat dilakukan secara langsung, iaitu diserahkan secara serahan tangan pada Sabtu.
“Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Emira Delyati Dewi telah difailkan pada Jumaat lepas 20.12.2024 oleh peguam saya.
“Dua kali percubaan serahan minggu ini gagal tapi dah berjaya serahkan secara serahan tangan hari ini”, katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Jelas bekas isteri Jofliam, Cik Epal, tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak Dewi, sehingga dia memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang. Dia berharap dapat berjumpa di mahkamah apabila tarikh perbicaraan ditetapkan.
“Sebab tiada permohonan maaf yang masuk, aku samaniah saja lah. Kita jumpa di mahkamah nanti ye. Yang benar, Cik Epal, berdarah pahlawan. Haderrr”, luahnya.
Sekadar info, Cik Epal telah mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam selepas 10 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Hasil dari perkahwinan selama 10 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
BERITA TRENDING: “Kalau Dah Tertulis Takdir Allah Saya Akan Berpoligami, Hendak Cakap Apa?” - Amar Baharin
BERITA TRENDING: “Saya Tak Sangka Masih Ada Fikir Sebegitu” - Marsha Milan Kecewa Dituduh Lupa Diri Tidak Bertutur Dialek Sabah
BERITA TRENDING: Setahun Bercinta Dua Lipa, Aktor Callum Turner Bertunang
BERITA TRENDING: Penyanyi Thailand, Deqnee Dusongnyo Ganti Eda Ezrin Nyanyi Lagu Bea Soba Bea Raya
Must-Watch Video