Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

Maliah Surip
19/09/2024 14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.

BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

Pengumuman ringkas tersebut dibuat Listy bersama video dirinya sedang melakukan syahadah. Dia juga kelihatan manis menggenakan seledan.

“Bimilillah login,” tulis Listy pada akaun Instagramnya seperti dilaporkan InsertLive.

Gamers tersebut bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai penghijrahannya.

Namun perkongsian Listy, 27, sebelum ini merupakan seorang penganut Kristian mendapatkan pujian dan ramai yang mendoakan penghijrahannya agar kekal istiqamah.

Terdahulu Listy menjadi terkenal dalam kalangan gamers selepas menyertai EVOS iaitu organisasi eSport profesional di Jakarta dan mengikuti banyak pertandingan berprestij.

BERITA TRENDING: Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India

Kariernya bersama organisasi tersebut bagaimanapun berakhir selepas dirinya terseret isu curang dan didakwa menjadi penyondol atau orang ketiga kepada pasangan kekasih Ericko Lim dengan Jessica Jane.

BERITA TRENDING: Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

#Viral #Islam #Gamers #Listy Chan