Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gangguan IT Global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia Dan MAHB Tidak Terjejas

Ainun
19/07/2024 10:14 MYT
Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berkata tiada pembatalan penerbangan berlaku meskipun ia mengalami gangguan sistem dalaman.

Difahamkan gangguan itu juga tidak menjejaskan operasi Malaysia Airlines.

Bagaimanapun, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan IT global itu boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines, meskipun tiada pembatalan setakat ini.

BERITA TRENDING: Perkhidmatan Kapal Terbang, Kereta Api Terjejas Gara-Gara Gangguan IT Secara Global

BERITA TRENDING: 2 Koc LRT ‘Bersemadi’ Di Dasar Pulau Tioman Sebagai Terumbu Tiruan

BERITA TRENDING: Kebocoran Gas Di Kargo KLIA: Bomba Giat Kenal Pasti Punca

BERITA TRENDING: #Travelmana: Teroka Dunia Safari! AirAsia X Bakal Terbang Ke Kenya, Afrika Mulai 15 November 2024


Dilaporkan berlaku gangguan perjalanan di seluruh dunia susulan gangguan IT yang dikaitkan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.

Sumber: Astro Awani

#AirAsia #Kapal Terbang #Malaysia Airline #Malaysia Airport