Penyanyi popular Hollywood, Billie Eilish mendedahkan dia pernah mengalami kekecewaan dan tekanan akibat dikecam para pengikut di Twitter dan Instagram.

Memetik laporan Billboard, tekanan yang dialami itu telah membuatkan Billie hampir membuat keputusan untuk membunuh diri.

Namun menurut Billie, semangatnya kembali pulih apabila menerima sokongan padu daripada para peminatnya selepas itu.

"Beberapa tahun lalu, saya hampir membuat keputusan untuk membunuh diri gara-gara dikritik teruk oleh warga Twitter.

"Walaubagaimanapun, saya menjadi kuat kerana para peminat saya sentiasa memberi sokongan yang hebat tidak kira apa jua kritikan yang saya terima.

"Sebelum ini, saya juga pernah cuba menutup ruangan komen di Instagram, namun saya membukanya kembali untuk orang yang saya ikuti dan kenalan rapat, saya juga cuba sedaya upaya untuk tidak membaca komen negatif," kata Billie dalam satu temubual bersama majalah GQ.



Terdahulu, Billie telah memenagi empat kategori utama dalam Anugerah Grammy ke-62 yang diadakan pada Januari lalu.

Antara kategori yang dimenanginya adalah Album Terbaik untuk album When We All Fall Asleep, Where Do We Go? dan Lagu Terbaik, serta rekod terbaik untuk lagu terkenalnya, Bad Guy.


Sumber : Billboard