Seorang warganegara Itali ditangkap oleh pihak polis di Bali, Indonesia kerana melakukan hubungan seks di hadapan rumah orang.

Memetik DetikBali, kejadian menjijikkan itu berlaku di Jalan Kayu Aya, Kelurahan Seminyak, Kecamatan Kura, Badung pada Sabtu, sekitar pukul 12.45 pagi.

Ketua Polis Denpasar, Pesuruhjaya Bambang Yugo Pamungkas berkata, mereka menerima laporan berkenaan kejadian tersebut daripada pemilik rumah.

"Pemilik rumah mendapati dua orang sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di depan rumahnya setelah melihat CCTV. Awalnya, dia mendengar bunyi anjing menyalak," kata Yugo.

Pelaku sendiri dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV, sebelum ditahan di sebuah hotel di Kuta.

“Kami telah menahan pelaku dan kini sedang menjalani pemeriksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Kuta,” katanya.

Lelaki berusia 36 tahun itu kini ditahan dan menjalani pemeriksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuta, sementara wanita yang melakukan hubungan seks dengan warga asing berkenaan masih lagi diburu.

Sumber: DetikBali

BACA: Isteri Mati Dibakar Gara-Gara Tolak Ajakan Suami Untuk Bersetubuh Ketika Sedang Lipat Baju​