Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Gara-Gara Akaun Palsu, Bell Ngasri ‘Cuak’ Bila Rosyam Nor Buat Laporan Polis - “Orang Yang Saya Kenal Sejak Kecil Tiba-Tiba Nak Saman…”

Mya Amri
13/10/2024 08:55 MYT
Pelakon, Bell Ngasri terkejut apabila namanya berada dalam senarai individu yang mahu disaman oleh aktor Datuk Rosyam Nor.


Bukan akaun milik Bell Ngasri

Disebabkan itu, Bell berkata dia terus memuat naik penjelas mengenai perkara itu di Instagram selain memberikan komen di hantaran Rosyam.

“Saya pun tak tahu ada orang gunakan nama saya untuk buat akaun fan page Facebook palsu. Kemudian ramai yang tahu Rosyam buat laporan polis. \

“Tiba-tiba ada nama saya, bila masa pula saya bercerita tentang hal orang? Rupanya fan page akaun palsu.

“Bila Rosyam yang saya kenal daripada kecil, yang saya panggil uncle tiba-tiba nak saman saya jadi risau.

“Saya ini sudahlah penakut sikit, terus saya muat naik penjelasan di Instagram buat klarifikasi akaun itu bukan saya,” jelasnya.

Bell berkata demikian ketika ditemui di sidang media ABPBH 36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.

Lega bila Rosyam tahu hal sebenar

Bagaimanapun, Bell menarik nafas lega apabila Rosyam memaklumkan dia mengetahui individu di sebalik akaun tersebut bukan miliknya.

“Alhamdulillah rupa-rupanya dia memang sudah tahu itu kerja orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi yang menggelupur saya seorang.

“Rupanya ramai juga yang tahu sebenarnya banyak yang guna nama artis untuk buat fan page dan terbitkan cerita mengarut yang mungkin ada berunsur fitnah," ujarnya.

Akaun palsu & fitnah

Mengulas lanjut mengenai sama ada dia mahu mengambil tindakan atau tidak, Bell berkata sebelum ini dia pernah menegur akaun palsu yang menyebarkan berita fitnah namun tidak mendapat sebarang respon.

“Saya bukan tak nak ambil tindakan, saya tak tahu nak buat apa.

"Sebenarnya saya dah pernah tegur jangan guna nama sebab bahaya tapi tiada apa-apa tindak balas.

“Sampai sekarang masih masih tak ada apa-apa, malah mereka masih teruskan lagi perbuatan yang sama,” katanya.

Terdahulu, Rosyam selesai membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya difitnah di laman sosial.

Menerusi hantaran yang dibuat, terdapat sebuah akaun Facebook atas nama Bell Ngasri.

Bell bagaimanapun segera tampil menjelaskan kekeliruan tersebut dengan berkata akaun itu tidak sah dan sekadar menggunakan namanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:Jadi Diva? Bell Ngasri Komen - "Kalau Artis Baru Buat Perangai Begitu Dengan Saya..."

ARTIKEL BERKAITAN:“Terima Kasih KRU Studios Sudi Letakkan Saya Watak Utama” - Bell Ngasri Gila-Gila Dalam Geng Sakau vs Hantu Ting Tong

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Perlu Kontroversi Murahan, Ini Kisah Kejayaan Figura Hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein & Tyzo

ARTIKEL BERKAITAN:“Terasa Sedih, Syahdu, I Love You…” - Kuat Kerja, Darling Ngasri Sering Nasihat Bell Jaga Kesihatan

Sebelum ini, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.

Namun, dalam perbincangan tersebut, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.

Topik itu tiada kena mengena dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga sebaliknya sekadar lontaran secara umum.

#ABPBH #saman #Datuk Rosyam Nor #Bell Ngasri #Akaun Palsu #ABPBH36
;