Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

Gempak
25/07/2024 21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.

Anjing yang dinamakan Nuggi ketika diselamatkan pada Oktober 2021 adalah seberat 53.7 kilogram (kg) selepas diberi makan lapan sehingga 10 ketul ayam sehari oleh bekas pemiliknya selain biskut harian haiwan itu.

Difahamkan anjing itu sangat obes sehingga pemeriksa tidak dapat mendengar degupan jantungnya dengan stetoskop kerana diselaputi lemak di seluruh badan.

Menurut kenyataan 24 Julai daripada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwa Diraja New Zealand ( SPCA), mahkamah daerah Manukau di Auckland Selatan menjatuhkan hukuman penjara dua bulan kepada bekas pemilik Nuggi dan memerintahkan dia membayar denda NZ$1,222.15 (RM3,387) dan dilarang memelihara anjing selama setahun.

“Nuggi diberi makan secara drastik iaitu pemiliknya terus memberinya makan secara berlebihan sehingga dia hampir tidak boleh berjalan...

Bagaimanapun, nama dan umur tertuduh tidak disebut dalam kenyataan itu.

“Nuggi diberi makan secara drastik iaitu pemiliknya terus memberinya makan secara berlebihan sehingga dia hampir tidak boleh berjalan. Ini tidak boleh diterima,” kata Ketua Eksekutif SPCA, Todd Westwood.

Tambahnya, semasa dibawa oleh pegawai SPCA ke kereta penyelamat, Nuggi terpaksa berhenti seketika tiga kali untuk menarik nafas walaupun hanya 10 meter dari tempat ia dikurung.

Kakinya kelihatan lemah kerana membawa berat badannya yang besar. Selain itu, ia mempunyai luka di perut dan siku selain menghidap konjunktivitis.

BERITA TRENDING:Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”

​BERITA TRENDING:Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

​BERITA TRENDING:Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."

BERITA TRENDING:Wanita Berjaya Selamatkan Anjing Kena 'Tinju', Namakan Kitster - "Buat Masa Sekarang Biarlah Ia Berehat"

Semasa ditempatkan di pusat perlindungan haiwan SPCA, Nuggi menghabiskan masa kira-kira dua bulan di mana ia hilang berat sebanyak 8.9kg.

Mati Disebabkan Pendarahan

Bagaimanapun, ia didapati mati secara tiba-tiba disebabkan oleh pendarahan akut yang pecah dalam hatinya.
Hasil bedah siasat mendapati Nuggi mengalami komplikasi kesihatan lanjut, termasuk penyakit hati dan penyakit Cushing.

"Nuggi adalah salah satu haiwan paling gemuk yang pernah kami temui. Dia sangat besar sehingga dia sukar berjalan dan dia jelas menderita akibat berat badan terlampau besar,” kata Westwood.

"Malangnya, kita sering melihat haiwan setiap hari yang kurang berat badan, kelaparan atau kekurangan zat makanan.

"Namun kali ini, ia sungguh menyayat hati untuk melihat haiwan yang tidak berdaya yang diberi makan secara berlebihan." tambahnya.

Sumber: AWANI
#Viral #makan #Berita #Anjing #Mati #Dunia
;