Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Buah Epal, Jari Manis Pachara Apin Patah Dikasari Afiq Muiz - "Dia Mula Marah, Tampar Saya ..."

Syafiqah Jalal
01/12/2022 14:50 MYT
Pelakon Pachara Apin berdepan pengalaman ngeri sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor Afiq Muiz.

Dakwa Pachara, 31, Afiq yang juga bekas suaminya pernah bertindak ganas dengan mengasari dan memukulnya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan patah jari manis.

Bergaduh kerana buah epal

"Ketika itu saya menegur Afiq meletakkan buah epal dalam peti sejuk dan ia menjadi isu sehingga dia naik angin.

"Dia terus marah dan mula menampar saya. Tolak kepala saya ke dinding, cekik leher saya dan patahkan jari manis saya.

"Sebenarnya pergaduhan itu rentetan selepas dia cemburu apabila dapat tahu saya akan terbang bertugas sebagai pramugari ke luar negara selama dua minggu," kongsinya kepada Gempak.

Dedah Pachara lagi, dia sudah mengetahui sikap panas baran Afiq sebelum mereka mendirikan rumah tangga sekitar tiga tahun lalu.

Pukul sebab kena rasuk

"Sebenarnya sebelum kahwin lagi dia sudah mula pukul saya tapi waktu itu dia kata, dia kena 'rasuk'. Masa tu, saya tidak berapa percaya tapi dia berjanji tidak akan mengulanginya bila kami sudah berkahwin.

"Ternyata tidak seperti yang dijanjikan, malah keadaan menjadi lebih teruk apabila saya ditumbuk, diterajang hanya kerana perkara kecil.

"Sebab itu, bila saya balik rumah, saya berdoa supaya tak kena pukul. Afiq akan ada saja idea untuk pukul saya," tambahnya.

Buat laporan polis

Dedah Pachara, dia pernah membuat laporan polis pada tahun lalu namun menarik balik kerana kasihankan Afiq.

Selepas bebas daripada pertuduhan itu, dakwa Pachara lagi, Afiq kembali dengan perangai lamanya.

"Saya pernah buat laporan polis dan dia telah ditahan di lokap selama tiga hari dan disabitkan kesalahan boleh dipenjara.

"Disebabkan kasihankan dia ketika itu saya tarik balik laporan itu. Saya ingatkan bila dia sudah bebas dia akan berterima kasih kepada saya tetapi tidak malah dia menuduh saya pula yang memukulnya," ceritanya lagi.

BACA: "Minum Arak, Clubbing, Makan B*b*, Serumah Dengan Suami Orang" - Aishah Azman Dedah Perangai Kakak Ipar, Nafi Abang Kaki Pukul!

BACA: Bekas Isteri Dakwa Kaki Pukul, Afiq Muiz Buat Laporan Polis - "Tunggu Tindakan Seterusnya"


Terdahulu, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.

#Jari #Afiq Muiz #Pachara Apin #Buah #Epal #Dikasari #Patah
;