Berita
Gara-Gara COVID-19, Queen Elizabeth Dijangka Pindah Istana Lebih Lama
Ratu Elizabeth II dijangka berpindah ke Istana Windsor lebih lama tahun ini gara-gara penularan wabak COVID-19.
Menurut laporan Metro UK, perpindahan baginda itu dibuat setiap tahun pada sekitar bulan Mac hingga April bagi meraikan perayaan Easter.
Namun difahamkan, baginda dijangka melanjutkan tempoh menetap di Istana Windsor tahun ini memandangkan pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di United Kingdom.
Dalam pada itu, pihak Istana Buckingham akan mempertimbangkan semula mengenai tradisi dan acara istana yang akan berlangsung seperti sambutan perayaan Easter selaras dengan keadaan semasa.
Berdasarkan tradisi sebelum ini, Ratu Elizabeth akan menganjurkan majlis makan malam yang turut mengundang para pemimpin dan tokoh terkenal.
Untuk perkembangan kes COVID-19 di Malaysia, kes keseluruhan telah mencecah bilangan sebanyak 673 orang dengan dua kes kematian setakat hari ini, 18 Mac 2020.
Seramai 49 orang dari jumlah itu telahpun sembuh dan telah dikeluarkan dari hospital.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber : Metro UK, Instagram KKM
Must-Watch Video