Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama
Gempak
31/05/2024 03:02 MYT
31/05/2024 03:02 MYT
Seorang individu mendakwa yang dia dan rakan sebiliknya mengalami kejadian pelik selepas mendengar runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam, Pulangkan yang dipopularkan oleh Misha Omar.
Menerusi perkongsian tanpa nama yang dikongsi di platform X, individu berkenaan berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1 pagi, ketika mereka sedang asyik menyudahkan satu tugasan.
Menerusi perkongsian tanpa nama yang dikongsi di platform X, individu berkenaan berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1 pagi, ketika mereka sedang asyik menyudahkan satu tugasan.
Pulangkan
“Alkisah satu malam, aku dengan room mate buat assignment sampai pagi jam satu, syok nyanyi gurindam 12 (?) sampai lagu Pulangkan Misha Omar. Memang buka lagu yang mendayu-dayu, lepas tu non-stop humming dua lagu tu. Bilik kita orang menghadap hutan, sebab kolej pun keliling hutan.
“Kita orang buka tingkap, sebab masa tu panas gila dari pagi. Entah kenapa rasa tak sedap
hati, kami decide nak tidur. Kami jenis sensitif macam benda tu suka ikut, dia selalu kena ganggu jadi biasa jela kalau kacau sikit-sikit,” katanya.
Individu berkenaan menambah, pada malam itu, rakan sebiliknya bermimpi terlihat seorang perempuan yang mengenakan pakai baju orang lama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kita orang buka tingkap, sebab masa tu panas gila dari pagi. Entah kenapa rasa tak sedap
hati, kami decide nak tidur. Kami jenis sensitif macam benda tu suka ikut, dia selalu kena ganggu jadi biasa jela kalau kacau sikit-sikit,” katanya.
Individu berkenaan menambah, pada malam itu, rakan sebiliknya bermimpi terlihat seorang perempuan yang mengenakan pakai baju orang lama.
Mimpi
“Malam tu room mate aku mimpi dia nampak perempuan pakai baju orang lama (kalau tak silap) rupa dia dari belakang macam aku, humming lagu yang aku nyanyi. Bila dia tegur benda tu pusing, muka dia gelap, macam terbakar. Lepas tu member sedar, tapi tak boleh bangun dia kena tindih.
“Dia nak bercakap tak dapat last-last dia baca apa patut lepas tu benda tu pergi. Another story dia memang selalu kena tindih, atau benda tu ganggu dia, dan kebanyakan benda tu pun ikut aku balik. Pernah sekali dia tersedar dari tidur mata merah-merah dia arahkan aku mengucap.

“Aku mengucap, then dia hela nafas lega. Pastu dia cerita dia kena kacau benda macam aku, ditindih dia gelakkan dia. Biasalah student penat, pastu tidur kena tindih pulak mana dia tak bengang.
“Kami kawan baik, aku selalu kena tapi dekat mimpi lah selalunya dia yg selalu kena fizikal. Banyak je lagi benda macam tu kami kena sama-sama, maybe sebab kami rapat dari kecik kot. Ada juga cerita benda yang orang hantar test power kami sebab pandai-pandai tolong budak sakit. Orang kolej minta tolong, since kami lokal, bagi jelah air baca-baca, sapu minyak bidara sikit,” tulisnya.
Sumber: Platform XKorang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Sumber: Platform X