Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

Gempak
27/09/2024 04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.

Kenderaan Terjejas

Kejadian itu berlaku semalam dan hampir memecahkan cermin belakang sebuah kereta.

Rakaman video kamera papan pemuka sebuah kenderaan dari arah bertentangan turut merakamkan najis yang menghujani kereta.

Menurut Biro Pengurusan Kecemasan Perbandaran Nanning, kejadian itu berpunca daripada saluran paip tangki septik yang pecah.

Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam letusan itu.

BERITA TRENDING: Polis Buru Lelaki Gemar Buang Air Besar Di Laluan Jiran

BERITA TRENDING: Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

BERITA TRENDING: Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

BERITA TRENDING: Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

Selepas menerima laporan orang ramai, pasukan pekerja pembersihan dihantar ke tempat kejadian.

Ramai netizen memberi komen mengulas ia merupakan kejadian menjijikkan.

Ada juga yang bergurau dengan menulis bau najis boleh dihidu melalui skrin tayangan kejadian itu.

Sumber: Kosmo!

#China #Berita #Dunia #Najis #Pecah #Manusia #paip
;