Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gara-Gara Potong Kenderaan Polis, Lelaki Teruk Ditampar

Gempak
22/08/2024 05:55 MYT
Tindakan seorang pegawai polis di Mesuji, wilayah Lampung, yang menampar seorang lelaki kerana memotong keretanya, mengundang perhatian orang ramai, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ndorobei.official, memaparkan pegawai itu menghampiri sebuah rumah sambil membawa senjata api.

Berang Dipintas

Gara-gara berang dipintas, dia menampar mangsa dengan kuat.


"Pegawai itu menampar seorang lelaki meskipun dia tidak melakukan sebarang kesalahan selain memandu...

“Kejadian berlaku pada waktu pagi. Pegawai itu menampar seorang lelaki meskipun dia tidak melakukan sebarang kesalahan selain memandu.

“Dia kemudian meninggalkan kawasan tersebut selepas perbuatannya dirakam CCTV,” demikian menurut keterangan video itu.

BERITA TRENDING: Disangka Mati, Isteri Terkejut Suami Pulang Ke Rumah

BERITA TRENDING: Didakwa Curang, Isteri Pemain Bola Sepak Indonesia Azizah Salsha Tampil Jernihkan Keadaan - "Rumah Tangga Kami Dalam Keadaan Baik..."

BERITA TRENDING: Gara-Gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Tergendala Di Jepun

​BERITA TRENDING: Bunuh Dua Beranak: Suspek Minta Imam Rukyah, Dakwa Anak Dirasuk

Rakaman itu menjadi tular dan meraih lebih 115,000 tontonan dengan rata-rata netizen mengecam tindakan pegawai itu.

Sumber: Kosmo!

#Viral #Indonesia #Tampar #Berita #Polis #Dunia