Laman Utama
Gara-Gara Suka Pakai Seksi Ketika Tidur, Wanita Ini ‘Dinikahi’ Jin Dalam Mimpi… Siap Dapat Anak
Orang kata, mimpi itu mainan tidur… Tapi benarkah ada juga mimpi yang memberi petanda tentang hal yang berlaku di alam ghaib?
Perkara ini dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok bernama Echa, sekitar sepuluh tahun lalu. Menurut wanita ini, dia sering bermimpi bertemu dengan lelaki kacak di dalam mimpinya. Namun, apa yang pelik dia tidak berbual dengan lelaki berkenaan.
Menerusi mimpi yang dialami, lelaki tersebut sering datang dan mencium bibirnya. Namun, segalanya berubah ketika mereka melakukan persetubuhan dalam mimpi. Menurut Echa, dia begitu menikmati perkara tersebut sehingga mengalami mimpi basah.
Masa berlalu dan Eicha pun mendirikan rumah tangga. Namun, mimpi yang sama terus datang ketika dia tidur. Lebih teruk, suami dan anak-anak turut mengalami gangguan pelik, seperti tandas mengeluarkan bau busuk selain ulat kecil muncul di ruang tamu.
undefined
Enggan terus terjebak dengan mimpi aneh itu, Echa memutarkan ayat al-Quran. Tetapi, kali ini, Echa menerima kunjungan seorang kanak-kanak dan bayi dalam mimpinya. Tidak tahan dengan gangguan, mereka meminta bantuan ustaz.
Ustaz tersebut lalu bertanya kepada Echa sama ada dia pernah bermimpi bertemu dengan lelaki, melakukan hubungan seks dengan lelaki, bermimpi datang majlis nikah dan bermimpi bermain dengan budak.
Mengiyakan soalan yang diterima, ustaz tersebut memberitahu yang Echa telah dinikahi oleh jin dan kini mempunyai anak bersama jin berkenaan di alam berbeza.
Selain itu, Echa mengakui yang dia suka tidur dengan memakai pakaian terdedah ketika dia masih muda. Ketika proses berubat, Echa mendakwa yang dia sudah terpaut dengan cinta jin berkenaan sehingga susah untuk meninggalkan hubungan cinta ghaib berkenaan.
Ustaz tersebut meminta si suami bercakap dengan jin berkenaan untuk tidak mengganggu Echa. Dan akhirnya, Echa bebas daripada gangguan dan tidak lagi didatangi oleh jin lelaki itu lagi.
Foto kredit: Psychology Today