Hollywood

Gara-Gara Taasub, Billie Eilish Menangis Dengar Lagu Justin Bieber

gempak
Asraf Aided
09/07/2020
07:29 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Taasub, Billie Eilish Menangis Dengar Lagu Justin Bieber
Ibu kepada penyanyi Hollywood Billie Eilish, Maggie Baird mendedahkan dia dan suaminya, Patrick O'Connell pernah hampir membawa Billie menjalani terapi akibat terlalu meminati lagu Justin Bieber.
"Billie akan teruja dan menangis setiap kali mendengar lagu-lagu Justin, dia juga akan bercakap mengenai sesuatu lagu dan muzik video penyanyi kegemarannya itu dengan saya," kata Maggie seperti yang dipetik dari Hollywood Life.
Maggie juga mendedahkan, Billie pernah menangis tidak henti ketika dalam perjalan pergi dan pulang dari studio tarian.
"Dia juga pernah menangis tak henti ketika mendengar lagu Justin ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari studio tarian.
"Perkara sebeginilah yang membuatkan saya dan suami hampir membawa Billie ke pusat terapi untuk rawatan," katanya lagi.
Walaubagaimanapun, Billie tidak memberi sebarang bayangan untuk berhenti daripada melakukan perbuatan itu kerana terlalu meminati Justin.
"Saya hanya mahu tonton muzik video Justin Bieber dan menangis," kata pemenang Anugerah Grammy 2020 itu.
Sebelum ini, Billie pernah mendedahkan yang dia merupakan peminat besar Justin Bieber.
Malah, penyanyi lagu Bad Guy ini juga pernah berkongsi keterujaan bertemu Justin dan isterinya Hailey Bieber di acara Coachella tahun lalu.
Sumber : hollywoodlife.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024