Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

Gempak
08/07/2024 04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).

Pendedahan itu 'bocor' menerusi maklumat yang diperoleh daripada saluran televisyen Chosun pada Khamis yang kemudiannya menjadi tular di Korea Selatan.

Hukuman

"Baru-baru ini, 50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.

"Sementara 30 orang daripada mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau mati," dedah sebuah pejabat kementerian di Korea Selatan.

Sebelum ini, wartawan televisyen Chosun, Lee Tae Hyung sering membuat liputan eksklusif berhubung pelanggaran hak asasi manusia di Korea Utara.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

ARTIKEL BERKAITAN: Rosé BLACKPINK & Cha Eunwoo Bercinta?

ARTIKEL BERKAITAN: BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi Lebih 30 Buah Lagu, B.I Berikan Persembahan ‘Berisi’ Menerusi 2024 B.I Concert Tour Hype In Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Umum Buka Akaun OnlyFans, Jay Park Buat Peminat Tak Keruan


Laporannya kemudian diterbitkan oleh Kementerian Unifikasi (Penyatuan Semula) yang merupakan jabatan eksekutif pemerintah Korea Selatan yang bertujuan untuk mempromosikan penyatuan semula antara kedua buah negara.

Pada Disember 2020, Korea Utara menguatkuasakan undang-undang baharu di mana mereka yang didapati mengimport atau mengedar bahan-bahan audiovisual Korea Selatan, akan dijatuhi hukuman mati.

Sebelum ini pada Januari lalu, dua remaja berusia 16 tahun dijatuhkan hukuman melakukan kerja berat selama 12 tahun kerana kantoi menonton K-Drama.

Sumber: Agensi menerusi Sinar Harian

#Drama Korea #Korea Utara #Penjara #Korea Selatan #Hukum Mati
;