Hiburan
Nyanyi Lebih 30 Buah Lagu, B.I Berikan Persembahan ‘Berisi’ Menerusi 2024 B.I Concert Tour Hype In Kuala Lumpur
Ada satu hal yang luar biasa ketika Kim Hanbin atau nama pentasnya, B.I beraksi menerusi 2024 B.I Concert Tour Hype Up In Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Ahad lalu.
Selain karya-karya hits yang dinyanyikan secara langsung, tenaga dan sinergi B.I terhadap persembahannya berjaya memukau khalayak yang hadir.
Persembahan
Hal tersebut dibuktikan menerusi 3,000 peminat hadir bagi menyaksikan penyanyi berusia 28 tahun itu beraksi untuk konsert solo perdananya di Malaysia.
Pentas Mega Star Arena KL dibuka dengan lagu Michaelangelo sebelum disambung dengan Alive, One And Only dan Waterfall.
ARTIKEL BERKAITAN: Ubat Rindu ‘Mahal’ Treasure Buat Teume Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Fourtwnty Bakal Kembali Ke Malaysia November Depan Menerusi Konsert MyAncasà
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sempat Nak Bernafas Rebut Tiket Ni Guys!” - Peminat Teruja Nak Jumpa Ne-Yo Di Konsert November Ini!
ARTIKEL BERKAITAN: AR Rahman Tak Bersendirian, Ini Barisan Penyanyi Undangan Yang Akan Bersama-Sama Di Stadium Nasional Bukit Jalil 27 Julai Nanti!
ARTIKEL BERKAITAN: Bring Me The Horizon Kembali Gegar Malaysia Lepas Lebih Sedekad, Kali Ini Bersama Band Jepun BABYMETAL!
Sejurus selepas itu, B.I meneruskan persembahan dengan Illa Illa, Loved, Numb dan 4 Letters. Tidak mahu membiarkan peminat menunggu lama, B.I mempersembahkan BTBT, antara single yang menjadi kegemaran ramai sejak diterbitkan dua tahun lalu.
Menariknya, B.I turut mengundang penyanyi Leo untuk menyanyi di atas pentas. Selepas berduet menerusi lagu Pretty Plzzz, Leo kemudian mengambil alih pentas menyanyikan lagu Come Closer dan Farewell.
B.I kemudian kembali mengalih alih pentas menghiburkan penonton menerusi menerusi lagu Tasty, To Die, TTM, Flame dan Lover.
Sebelum mendendangkan lagu Nineteen, B.I turun ke bawah dan bermesra dengan penonton, memberi nasihat mengenai pelajaran.
Menariknya, pada segmen encore, B.I menyanyikan lebih daripada lima lagu, mengambil masa lebih 40 minit sebelum menamatkan konsert sekitar 9 malam.
Secara ringkasnya, selain memberikan persembahan bertenaga dan luar biasa, B.I dilihat menghargai peminat yang berhabis untuk menonton konsertnya.
Tidak hairan jika B.I memberi ‘amaran’ yang segmen encorenya bakal dipanjangkan dan memberi ‘kebenaran’ kepada peminat untuk pulang jika ada yang kepenatan.
Hal ini dapat disaksikan menerusi persembahan lagu-lagu ekstra pada segmen encore yang mungkin pertama kali seumpamanya dilakukan oleh penyanyi dari Korea Selatan di sini.
Terima kasih B.I atas persembahan yang memukau. Semoga singgah lagi ke Malaysia pada masa akan datang.
Must-Watch Video