Gaul Gelang Emas RM11,000 Dalam Makanan! Hadiah Rupanya Khas Untuk...
Seorang usahawan kecantikan mencuri tumpuan warga maya apabila menghadiahkan seutas gelang emas dipercayai bernilai RM11,000 kepada rakan baiknya.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian cara pemberian gelang tersebut apabila ia disembunyi dan digaulkan bersama makanan laut ala ‘shell out’.
Situasi pemberian itu dikongsi Nurul Atira Mohd Saari menerusi beberapa posting di Instagramnya, kelmarin.
“Hadiah untuk sahabat. Lenguh weh sejam aku record and aku tunggu dia klebek lauk tu, aku sampai naik murung and give up.
“Dia pun tak pelik pun aku record sebab dia tahu aku ratu record video setiap masa bila lepak.
“Selamat pengantin baru sahabatku tersayang,” katanya.
Tambahnya, kawan baiknya itu banyak membantu ketika dia susah dahulu, malah sanggup mengadai emas untuk dia meneruskan hidup.
“Ingat zaman aku susah dulu, masa tu aku tak ada duit langsung.
“Dia lah yang bagi barang kemas untuk aku gadai guna untuk hidup.
“Apa lah sangat hadiah ni dibanding zaman aku susah dulu,” katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya sebak apabila Nurul masih mengingati jasa baik kawannya itu.
Malah, ramai juga terkejut dengan cara Nurul memasukkan gelang tersebut ke dalam makanan.