Laman Utama

“Gegar Kuat, Huru Hara, Ada Tak Berkasut” - Yazmin Aziz Masih Trauma, Tak Dapat Lupa Detik Cemas Gempa Bumi

gempak
Mya Amri
29/07/2022
08:30 MYT
Sponsor Banner
“Gegar Kuat, Huru Hara, Ada Tak Berkasut” - Yazmin Aziz Masih Trauma, Tak Dapat Lupa Detik Cemas Gempa Bumi
Penyanyi, Yazmin Aziz masih tidak dapat melupakan detik cemas ketika berdepan gempa bumi kuat di Bandar Baguio, Filipina, baru-baru ini.
Menurut Yazmin, keadaan pada ketika itu sangat huru-hara kerana masing-masing cuba menyelamatkan diri untuk berada di kawasan yang lebih selamat
“Saya pernah lalui gempa bumi tetapi tidak pernah sekuat ini. Tak pernah disuruh keluar ke tempat terbuka dan sebagainya.
“Masa itu rasa takut dan memang cemas, tak pasti nak buat apa sebab tengah berjalan. Nasib baik ada yang suruh tunduk, jauhi diri dari bangunan dan atap.
“Bangunan dan tanah bergegar dengan kuat. Bunyi siren juga sangat kuat. Orang huru-Hara.
“Ada yang masih belum tukar baju dari majlis sebelumnya, tidak berkasut dan sebagainya.
“Nasib baik hotel bersedia untuk membantu dan memberikan respon dengan cepat. Ada staff yang memastikan semuanya selamat,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Yazmin lagi, sewaktu di suruh untuk ke kawasan lapang, pergerakan tanah masih lagi dapat dirasai.
“Masa jadi, instinct saya dan mak saudara saya adalah untuk masuk balik ke dalam bangunan supaya selamat.
“Padahal terbalik. Kami perlu pergi ke kawasan lapang dan tunduk. Masih boleh rasa pergerakan tanah dan bangunan.
“Sudah tentu terfikir kawan-kawan lain dan saudara yang berada di bahagian bangunan tinggi. Kami tinggal di kawasan private cottage dengan kawan saya yang baru kahwin.
“Ia macam rumah banglo jadi bukan bangunan tinggi. Lagi pun masa itu kami tengah berjalan keluar untuk pergi makan sarapan pagi,” jelasnya.
Ketika ditanya sama ada Yazmin trauma untuk ke luar negara, penyanyi cantik ini berkata buat masa ini dia berkemungkinan tidak akan pergi ke kawasan yang sama.
“Alhamdulillah saya dah selamat pulang ke tanah air. Selepas kejadian ini, saya rasa memang penting travel dengan orang lain seperti keluarga atau kawan-kawan.
“Kalau saya seorang semasa kejadian, tak pasti akan buat apa. Untuk pergi lagi ke Baguio tu, rasanya macam tak mungkin selepas kejadian ini,” ujarnya.
Terdahulu, gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud melanda daerah itu.
Yazmin juga turut berkongsi detik cemas itu di akaun Instagram miliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live