,
Hiburan

Gelagat Fad Bocey Tengok Bola Bersama Anak Kembar Cuit Hati Peminat

Ahmad Shah
29/12/2015
05:50 MYT
Baru sahaja bergelar bapa pada tanggal 13 Disember lalu, Fad Bocey sentiasa mahu bayi kembarnya berada disisi.
Malah foto-foto yang dikongsi oleh pelawak tersebut dan isterinya, Syeera Rahman menerusi akaun Instagram sering mendapat respon positif oleh peminatnya.
Antara yang menarik perhatian ialah foto Fad sedang menonton perlawanan bola sepak pasukan Chelsea sambil ditemani salah seorang kembarnya dengan kapsyen berbunyi:
“Abg teman daddy tgok bola,adik teman mummy tidurrr..tp chelsea main mcm......hmmmm xpelaa #thefavians #mummydaddy #FS.” tulisnya.
Mimik muka Fad yang serius sambil memangku salah seorang anaknya itu mencuit hati peminat sehingga ada yang memberikan komen seperti “Wah serius nya muka daddy,” “Jgn tgk tak ingt dunia pulak kang terjaga abg dripda tidur,”
Selain peminat, isteri Fad juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik suaminya dengan meninggalkan komen berbunyi, “Aku suruh ko tgok baby bukan tgok bola.” tulisnya.
Sikap ‘sporting’ pasangan itu membuatkan peminat seronok melihat gelagat mereka dan mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut.
Teks Oleh: Mya Amri
Foto: Instagram Fad Bocey
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Fad Bocey Titip Nasihat Untuk Pelawak Baharu, Harap Jangan Cepat Putus Asa - “Saya Pernah Lalui Benda Sama”

gempak
03/10/2024
06:55 MYT
Pelawak Fad Bocey menitipkan pesanan kepada pendatang baharu dalam dunia komedi agar sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya kepada membuat persembahan berbanding mengejar kedudukan.
Hiburan

Tampil Dengan Podcast ‘Bocey Comeback’, Fad Akan Pastikan Tiada Kontroversi - “Saya & Achey, Kami Dah Declare…”

gempak
29/09/2024
04:55 MYT
Muncul dengan podcast ‘Bocey Comeback’, pelawak Fad memberitahu dia dan rakan gandingannya iaitu Achey akan memastikan konten yang disediakan tidak akan menyentuh sensitiviti tetamu atau mencetuskan kontroversi.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Hiburan

Hafeez Mikail Bakal Timang Baby Girl!

gempak
26/05/2024
02:55 MYT
Pelakon, Hafeez Mikail mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan.
BorakSeeni