Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk.Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.
Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.
"Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.
"Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tiga individu yang turut ditarik balik gelaran Datuk ialah Wong Shee Kai@Ricky dan Tran Thi Mai@Maimunah, masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu, manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu.
Syafiqah Jalal
Wed Feb 10 2021


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi