Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gelombang Haba Landa Iraq, Suhu Lebih 50 Darjah Selsius

Gempak
19/06/2024 02:55 MYT
Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq, lapor Xinhua.

Suhu tertinggi - 51 darjah Celsius - direkodkan di Wilayah Dhi Qar, manakala Wilayah Maysan, Basra dan Muthanna mencatatkan suhu 50 darjah Celsius, menurut kenyataan itu.

BERITA TRENDING: Kenapa Lantai Masjidil Haram Kekal Sejuk Walaupun Cuaca Sekitar Panas? Ini Sebabnya!

BERITA TRENDING: Dijemur Tengah Panas Selama 3 Jam, Murid Bakal OKU

BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

BERITA TRENDING: Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pengsan - "Muka Dia Dah Pucat ..."

BERITA TRENDING: Jom Semak 10 Kawasan Catat Suhu Panas Tahap Berjaga-Jaga

BERITA TRENDING: Cuaca Panas, Suhu Cecah 45 Darjah Celcius, Ramai Doakan Ibadah Haji Zul Ariffin Dipermudahkan - “Alhamdulillah Rezeki Dia”

Terdahulu, pertubuhan itu memberi amaran di laman Facebook rasminya agar orang ramai mengelak daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan mengesyorkan mereka untuk duduk di rumah semasa waktu puncak haba.

Iraq kerap mengalami musim panas terik dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius, yang mendorong kerajaan kadangkala memberikan cuti kepada petugas institusi-institusinya.

Sumber: Bernama, Xinhua
#Viral #Panas #Suhu #Baghdad #Iraq