,
Berita

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Keempat

Amri Hassan
21/04/2018
17:49 MYT
Konsert keempat Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.
Bertemakan Gema Yang Dirindukan, 9 bintang GGV2 menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.
Farah Asyikin yang menyampaikan lagu Insha-Allah menjadi bintang ketiga yang tersingkir manakala Fitri Haris yang menyampaikan lagu Di Pondok Kecil dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori rindu yang terubat atas persembahan yang memukau.
Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.
Manakala, Fitri Haris sekali lagi diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.
Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah dan dua juri jemputan Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Fitri Haris - Di Pondok Kecil (85.3%) "Lagu ini sangat simbolik, saya suka sangat lagu ini. Anda menyampaikannya sangat baik," - Datuk Khadijah Ibrahim
Adeep Nahar - Sesungguhnya (84.6%) "Kamu membawakan macam ini seperti lagu sendiri dan penghayatan teraserlah. Saya tersentuh hati mendengar. Persembahan yang sangat mantap!" - Datuk Dr. Fadzilah Kamsah
Mestica - Sumayyah (80%) "Hijjaz pastinga berbangga dengan persembahan ini. Bila sampaikan dari kalbu akan menyentuh kalbu," - Datuk Dr. Fadzilah Kamsah
Awi Rafael - Doa (79.3%) "You're such a performer. Anda telah memberikan rendisi baru yang orang nak lihat. Maksud paling mustahak, you did a good job," - Datuk Khadijah Ibrahim
Heliza & Hazwani - Puji-Pujian (76%) "Mood yang sangat positif, persembahan yang sangat cantik. Tahniah," - Datuk Dr. Fadzilah Kamsah
Devotees - Rasulullah (75.6%) "Suara sedapnya... So perfect! Harmoni pun bagus. Well done," - Datuk Khadijah Ibrahim
In Team - Damba Cintamu (74.3%) "In team menjadikan lagu ini milik mereka. Bermacam-macam elemen dimasukkan. Cuma hati-hati pada bahagian tengah, overall mesej sampai, keinsafan sampai," - Farihin Abdul Fattah
Brothers - 25 Rasul (73.3%) "Persembahan epik, banyak elemen. Payah nak kumpul satu bahan sejarah untuk 3 minit. Saya terkedu," - Farihin Abdul Fattah
Farah Asyikin - Insha-Allah (61.3%) "Ada beberapa perkataan tak jelas, feel it word per word. Jangan sampai tenggelamkan mesej asal dengan stailing baharu lagu itu," - Farihin Abdul Fattah
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu kelima GGV2 bakal membawa tema Bergabung Bergema dan 8 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Pertama Kali Tercorot & Hampir Tersingkir, Aisha Retno Menangis Kecewakan Peminat - "Memang Tak Seronok Diumumkan ..."

gempak
01/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno mengugurkan air matanya setelah diumumkan hampir tersingkir di konsert The Hardest Singing Show minggu ke-8 malam tadi.
Berita

Budaya ‘Work Life Balance’, Malaysia Berada Di Tangga Kedua Terburuk Dunia

gempak
26/06/2024
08:06 MYT
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai budaya keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) di negara-negara seluruh dunia.
Berita

Kedudukan UKM Melonjak Ke-138 Dalam QS WUR

gempak
05/06/2024
14:55 MYT
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya melonjak kedudukan ke-138 dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2025, yang diumumkan hari ini.
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
BorakSeeni