Filem yang merupakan kerjasama Astro Shaw dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures iaitu Gemencheh Boys kini ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Filem adaptasi daripada peristiwa sebenar, Gemencheh Boys ini menampilkan kisah inspirasi sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.

Menariknya lagi, filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Gemencheh Boys dengan tagline ‘no retreat, no surrender’ memaparkan kisah kanak-kanak dari kampung yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’.

Terkenal dengan sifat nakal, bagaimanapun karakter mereka berubah apabila seorang guru memperkenalkan permainan kriket.

Ternyata filem ini membuatkan ramai yang merindukan zaman-zaman persekolahan suatu ketika dahulu.

PILIHAN PEMBACA: “Siapa Kata Anak-Anak FELDA Tak Boleh Berjaya?” - Siti Nordiana Puji Pengisian Dalam Gemencheh Boys


Selain Jason Chong, yang juga pemenang Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 2017, Gemencheh Boys turut mendapat sentuhan Eric Ong.

Filem ini membariskan pelakon Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utama.

Jadi apa kata sempena cuti sekolah ini, jangan lupa saksikan Gemencheh Boys di Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam.