Laman Utama

#GempakKeliwon: Allahuakhbar... Patutlah Diberi Hint, Rupanya Bilik Memang Ada Penunggu

gempak
Gempak Spot
11/02/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
#GempakKeliwon: Allahuakhbar... Patutlah Diberi Hint, Rupanya Bilik Memang Ada Penunggu
Hari ini terbuka hati untuk aku berkongsi kisah seram yang pernah terjadi buat pertama kali dalam hidupku.
Sebelum ini selalu dengar rakan-rakan bercerita mengenai kisah seram mereka, namun bagi aku yang penakut, bila dah terkena batang hidung sendiri memang pucat sampai rasa nak pengsan.
Kejadian berlaku sewaktu aku ke sebuah negara Asia untuk bekerja, dalam erti kata lain ‘out station’.
Sampai sahaja di bilik hotel, aku bersama seorang lagi rakan sekerja, Farhana dah mula berasa tidak sedap hati namun kami diamkan sahaja.
Keesokan paginya selepas bersarapan, kami berbual seketika dengan seorang tetamu hotel yang juga hadir ke negara tersebut atas urusan kerja. Namun aku berasa sedikit pelik apabila dia mula berpesan:
“Eh kalau korang terdengar benda yang aneh-aneh atau macam orang berlari, rilek je tau. Alah benda biasa je dekat sini,” katanya seolah-olah memberi hint.
Ketika itu kami hanya senyum dan menganggukkan kepala. Tidak mahu fikir yang bukan-bukan kami terus bergerak ke tempat yang ditujui.
Apa yang ditakuti akhirnya berlaku juga, masih segar dalam ingatan ketika itu jam menunjukkan hampir 2 pagi.
Sedang kami berbual-bual, tiba-tiba terdengar bunyi ‘tap… tap..tap’ di bilik air, namun kami diamkan sahaja dan mula kuatkan bunyi televisyen.
Lama kelamaan bunyi air itu semakin kuat dan tiba-tiba ‘shower’ di bilik mandi terbuka dengan sendiri dan air semakin deras seolah-olah ada seseorang sedang mandi.
Nasib tidak baik buat kami kerana bilik mandi di hotel berkenaan pula lutsinar dan ditutup dengan langsir putih.
Pucat lesi, jantung laju! Itulah yang aku alami. Farhana pula memandang dengan mata yang buntang dan terus menuju ke katil aku.
Kami kemudiannya tertoleh ke bahagian bilik air namun tidak melihat sebarang kelibat. Dengan cahaya samar-samar dari bilik, kami melihat langsir meliuk lentuk dan disertakan dengan bunyi ketukan di bahagian cermin bilik mandi.
Allahuakhbar… Dengan pantas terus kami menutup muka dengan selimut dan membaca ayat kursi…
Dengan tangan yang menggigil, mata yang berair kami cuba tenangkan antara satu sama lain. Aku hanya mampu berdoa agar ‘benda’ itu tidak terus menganggu kami.
Alhamdulillah selepas beberapa ketika, gangguan itu berhenti dan keadaan kembali seperti sedia kala. Hanya kata-kata syukur sahaja yang terkeluar dari mulut kami.
Keesokannya, baru aku mendapat perkhabaran bahawa bilik yang kami duduki itu sebenarnya memang ada penunggu.
Cuma kami bernasib baik gangguan tu cuma 'sikit' tak extreme macam tetamu sebelum ini....
Walaupun sudah beberapa tahun kejadian berlaku namun, setiap kali teringat meremang juga bulu roma! Fuhhh...macam manalah orang lain yang kena kacau extreme tu agaknya...
Setiap orang lain-lain kisah seramnya...tapi untuk aku yang penakut ni...Gangguan yang korang rasa kecil ni dah cukup trauma untuk aku tinggal bersendirian di bilik hotel!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024