Skip to main content

Selebriti

Ada Sebab Aisha Retno Sebak Ketika Baca Surah Al-Qadr - “Sebelum Datang Studio Ada…”

ASTROGEMPAK Aisha Retno

Penyanyi Aisha Retno berkongsi semula video di Threads memperlihatkan dirinya membaca surah Al-Qadr dalam keadaan sebak. 

 

Menerusi perkongsian itu, Aisha Aisha menjelaskan dia berasa tersentuh ketika membaca surah berkenaan selepas sempat meneliti tafsirnya sebelum hadir ke studio rakaman. 

 

“Maaf jikalau Aisha ter-sebak membawa surah Al-Qadr. Sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini. 

 

“Dan ia semua sangat bermakna dan sentimental,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Jodoh Lebaran ini turut mengucapkan terima kasih kepada produksi program Home Of Ramadan atas jemputan. 

 

“Terima kasih sudi jemput Aisha mengaji,” ujarnya lagi. 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji alunan suara Aisha yang disifatkan lunak dan merdu ketika membaca ayat suci al-Quran.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Must-Watch Video

Advertisement