Laman Utama

#GempakKeliwon: Misteri Lif Tingkat 13…Siapa Belajar Dekat IPTA Ni, Mesti Tahu!

gempak
Fiza Kamarudin
20/05/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
#GempakKeliwon: Misteri Lif Tingkat 13…Siapa Belajar Dekat IPTA Ni, Mesti Tahu!
Kehidupan aku di asrama bermula ketika aku pertama kali menjejakkan kaki di universiti. Ada dua perasaan masa tu…teruja dengan takut cerita hantu!
Eh! Jangan ketawa, aku tahu korang pun sama…Nak-nak lagi yang memang sama macam aku, tak pernah duduk asrama tapi cerita-cerita ‘urban legend’ hantu asrama selalu dengar kan?
Dipendekkan cerita, dalam banyak-banyak cerita seram asrama yang aku dengar tu, semuanya aku rasa macam ‘biasa-biasa’ je sebab sepanjang menginap di kolej ‘T’ aku tak pernah pun terserempak hantu berus gigi, hantu kira orang tidur…NO! Tak pernah.
Mungkin disebabkan keyakinan yang tinggi dan diselitkan dengan rasa takbur sebab tak pernah kena ‘kacau’ dengan benda-benda halus ni…Akhirnya bertemu juga!
Dekat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) aku belajar ni memang ‘famous’ cerita pasal hantu lif! Aku tak peduli sebab kelas aku tak guna pun bangunan tu.
Tapi, langit tak selalu cerah kan…Masuk semester kedua, salah satu daripada kuliah aku tu, Madam B sudah tukar lokasinya, iaitu di bangunan yang dikatakan ‘angker’ tu lah.
Sepanjang belajar kat bangunan tu, kuliah kami di tingkat 14. Aku pernah dengar lif selalu berhenti sendiri dekat tingkat 13.
Hari-hari aku turun naik OK je..Tak de lah pulak macam yang orang cerita-cerita tu. Tapi, pada suatu petang, aku dengan tiga lagi kawan turun lambat sikit sebab lambat habiskan test! Madam B pula konsep dia siapa habis dulu…boleh ‘chowww…’
Well, universiti life..kau dah habis cepat pun kau tetap tunggu kawan-kawan kat luar atau pun kawan kau tunggu kau.
Okaylah, masa kami nak turun tu memang tak adalah perempuan misteri ke apa ke nak tumpang lif. Cumanya lif tu bila kita tekan aras G, dia naik dulu aras paling atas.
Husnudzon je lah masing-masing…Dah nak senja kan, bukan kau sorang je yang guna lif! Tapi sampai tingkat paling atas, tak pula lift u berenti.
Zuppppp! Tinggg! Tingkat 13!!!! Lif terbukak…Tak ada orang masuk pun…Dia tutup balik, dia naik balik…Lepas tu dia turun balik tingkat 13…Dah masa tu semua senyap dan sopan jeeee….
Nak tahu apa kitaorang buat! Berhenti balik dekat tingkat 14, tunggu Madam B lepas tu pura-pura rajin nak tolong angkat beg dia bagai.
Lepas tu Madam B senyum…Hmmm…kenapa tak balik lagi? Kitaorang jawab “saja nak tunggu Madam B la…”
Madam B turun tingkat 12 dan kitaorang pun selamat sampai ke aras bawah…Tapi, nak tahu apa kitaorang nampak? Madam B tengah ‘catwalk’ pergi ke kereta dia sambil ‘bye-bye’ kan kitaorang…
Korang rasa? Mana satu Madam B yang betul? Yang kitaorang tolong tu ke yang tengah catwalk pergi kereta sambil buat lambaian Miss World?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live