Laman Utama
#GempakKeliwon: “Siapa Suruh Kau Tendang Buai Tu!!!”
Walaupun dah lama berlaku, tapi aku akan lupa sebab itulah kali pertama aku berdepan dengan benda-benda angker (berhantu) ni.
Kejadian berlaku ketika aku masih belajar di sekolah menengah. Masa tu kami ada lawatan ke sebuah negeri di pantai timur.
Sebaik sahaja sampai di tempat penginapan, semuanya berjalan lancar sehinggalah pada malam terakhir salah seorang kawan aku ‘N’ kerasukan!
Macam tak percaya kan? Tapi itulah yang berlaku. Pada malam terakhir, macam biasa ada makan-makan special dan barbeque.
Sebelum acara bermula si N ni merayau-rayau seorang diri di sekitar chalet. Memang aku nampak dia duduk dekat buaian depan bilik kawan kami, aku namakan A jer lah.
Tak lama lepas tu…Bergegar chalet tu selepas terdengar satu jeritan panjang! Dan bila kami jenguk, kami tengok Nurul tengah berdiri tegak depan buaian yang tengah berayun sendiri.
Tengah kecoh-kecoh tu aku sempat cakap dalam hati, “Alah…mesti buai tu berayun sebab si N duduk situ tadi!” Ceh! Masih in denial!
Dipendekkan cerita berjayalah cikgu dapatkan ustaz. Dan….itulah kali pertama aku tengok orang histeria, ada ustaz berubat semua.
Terngiang-ngiang lagi lagi ustaz tu tanya N “siapa kau, kenapa kau kacau dia?” Tak semena-mena si N ni dengan suara parau jawab “kenapa dia tendang buai aku? Kenapa? “Kurang hajar!” “Anak aku sakit!!!” “Arhhhhhhhhhhhhhhh”
Korang boleh bayangkan situasi aku masa tu? Yang pertama kali berhadapan dengan histeria, tengok muka si N yang bengis, mata merah, terjegil!
Lama juga sesi ‘berubat’ menghalau benda halus tu. Kami syak pontianak! Dan….lepas N sedar, barulah kami tahu yang si N ni sudah membuat ‘kesilapan’.
N kata dia lalu depan buaian tu dan ternampak buaian tu bergerak. Dia sakit hati dia tendang buai tu!!! N kata sebelum dia ‘tak sedar’ dia ternampak satu lintasan laju.
Ada kejadian pelik masa N berdiri depan buaian tu tau! Si N ni kurus keding je orangnya tapi…tiga hingga empat lima orang kena tarik dia.
Sudahlah dia lari ke kafe dan makan satu tray mee goreng basi! Dah satu hal pulak geng-geng lelaki tu nak kejar dan tarik dia ke bilik.
Bilik aku pulak tu!!!! Adoi! Sudahnya balik KL aku demam tiga hari!
Foto: Carian Google
Must-Watch Video