Skip to main content

Hiburan

Jenazah Kapten AA RARETV Akan Dikebumikan Di Oman - “Mulanya Jemaah Telah Sebulat Suara Tapi Tak Sampai Hati Seksa Jenazah”

Jenazah Kapten AA RARETV Akan Dikebumikan Di Oman - “Mulanya Jemaah Telah Sebulat Suara Tapi Tak Sampai Hati Seksa Jenazah”

Sekilas

  • Keluarga Allahyarham Akhmal Asyraf akhirnya memilih untuk menyemadikan jenazah beliau di Oman selepas mempertimbangkan beberapa faktor.
  • Keputusan ini dibuat demi mengelakkan kesusahan kepada jenazah dan keluarga menerima dengan reda.
  • Jenazah akan dikebumikan di Oman, namun tarikh dan waktu masih menunggu pengurusan dokumentasi dengan pihak berkuasa Oman.
Advertisement

Keputusan awal untuk membawa pulang jenazah personaliti YouTube, Allahyarham Akhmal Asyraf ke tanah air akhirnya berubah apabila keluarga memilih untuk menyemadikannya di bumi Oman.

Menerusi perkongsian dibuat seorang individu dikenali sebagai @drmasdua di Threads, keputusan itu dibuat ahli keluarga Allahyarham selepas mengambil kira beberapa perkara.

Advertisement

“Demi kasih, mulanya jemaah telah sebulat suara suara untuk bawa pulang jenazah Allahyarham Kapten AA (Akhmal Asyraf) namun kehendak Allah berbeza.

“Kasihan telah mengatasi rasa kasih. Tak sampai hati menyeksa jenazah insan yang telah banyak berbakti.

“Akirnya keputusan berubah untuk semadikan Allahyarham di bumi Oman tempat beliau direhatkan. Seluruh warga dan sanak saudara terpaksa menerima dan reda,” kongsinya.

Advertisement

Dalam perkongsian sama, individu terbabit turut berkongsi foto dirinya bersama isteri serta kedua ibu bapa Allahyarham yang sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Oman.

“Saya bersama isteri dan ibu ayah Allahyarham sudah di boarding hall untuk berlepas ke Oman.

“Terima kasih atas doa dan sokongan semua,” kongsinya lagi.

Pada Khamis, Akhmal Asyraf yang juga personaliti bagi program RARETV di YouTube menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Oman akibat jangkitan paru-paru.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham yang juga personaliti RARETV iaitu Saiful Nang memaklunkan jenazah sahabatnya itu akan dikebumikan di Oman.

Walau bagaimanapun, tarikh dan waktu masih belum diputuskan kerana ianya bergantung kepada pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement