HIBURAN
#GempakOnz2019 : Artis Bakal Menyerlah
Selebriti tanah air tidak hanya bergantung kepada satu bakat untuk terus kekal berada di dalam industri seni ini.
Sebaliknya, kebolehan mereka sama ada dari segi bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan juga membuatkan mereka mendapat tempat di hati peminat.
Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk kekal menyerlah dan terus dikenali di industri seni.
Sempena hari terakhir tahun 2018 bakal melabuh tirainya, Gempak senaraikan antara enam artis yang bakal menyerlah tahun 2019.
Selamat tinggal 2018, hello 2019!
Fendy Bakry
Bakat lakonan jejaka berkulit hitam manis ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan gayanya yang bersahaja, lakonannya menerusi drama Mr. Grey sememangnya berkesan.
Baru-baru ini, rezeki telah berpihak kepada Fendy apabila memenangi Anugerah Artis Baharu Lelaki Popular (ABPBH 31) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Oh. Kalau nak tahu, Fendy juga merupakan bekas peserta Hero Remaja 2011/12 bersama pelakon Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan.
Terkini, Fendy sedang terbabit dalam drama bersiri Kan Ku Kejar Cinta Kamu bersama Amyra Rosli sebagai teraju utama.
Selain itu, pelakon lain yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Dalimawati, Hafidz Roshdi, Mia Nasir, Syamim Farid dan ramai lagi.

Sarah Suhairi
Baru sahaja berumur 19 tahun, Sarah mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi 'cover song' tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman.
Kemunculan single sulungnya adalah menerusi lagu berjudul Pedih diikuti dengan Nyawa dan Raga yang telah mendapat 3.3 Juta tontonan di Youtube sehingga kini.
Di samping itu, nama Sarah mula dikenali apabila memasuki program realiti Big Stage serta terus mengangkat dirinya sebagai juara musim pertama selepas berjaya menewaskan empat peserta lain.
Bukan rezeki menyanyi sahaja yang mencurah datang, Sarah mula melangkah dalam bidang lakonan.
Sarah yang memegang watak Nora dalam drama mini lima episod Sunsilk: Sis Cuba bersama barisan pelakon lain iaitu Nabila Razali, Syifa Melvin dan Aiman Hakim Redza.

Andi Bernadee
Antara artis carian paling banyak di media sosial. Memiliki rupa paras yang kacak dan suara yang mampu mencairkan hati ramai orang dan peminat.
Andi mula dikenali apabila video parodi lagu Tak Tun Tuang nyanyian asal penyanyi Indonesia, Upiak Isil tular di Youtube.
Andi juga merupakan peserta program realiti Big Stage musim pertama. Nama Andi mula melonjak naik selepas single terbarunya, Satu Peluang menempa populariti luar biasa sehingga menduduki carta 'trending'.
Tidak cukup dengan itu, Satu Peluang turut terpilih menjadi lagu tema untuk drama bersiri, Cik Reen Encik Ngok Ngek.
Tidak hanya bergantung kepada nyanyian, Andi juga mencuba nasib berlakon dalam telefilem seram, Korban Penunggu Hospital yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Fauziah Latiff, Aprena Manrose, Fatin Afeefa, Jaa Suzuran dan ramai lagi.

Haziq Hussni
Nama Haziq Hussni mungkin masih baru bagi peminat industri seni namun tidak dicorong radio.
Dikenali sebagai penyampai radio, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan ini juga pandai mengacara.
Haziq merupakan pengacara Hot TV, Mentor Otai, Muzik-Muzik 33 dan Borak Kopitiam.
Dalam perkembangan terbaru, Haziq juga mula berjinak dalam bidang nyanyian apabila melancarkan single terbarunya yang berjudul Demi Cinta Kita.
Selain itu, Haziq dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH).

Puteri Aishah
Merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 yang turut disertai oleh Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Mimi Lana dan Syamim Farid.
Memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis, Kahwin Muda, Cinta Roller Coaster dan Raisha.
Puteri juga melebarkan kerjayanya sebagai aktres dengan membintangi filem Pulang yang menggandingkan bersama Remy Ishak.
Dalam perkembangan terkini, Puteri muncul dalam drama bersiri Selafaz Cinta bersama pelakon Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.
Selain itu, Puteri bakal muncul menerusi drama online 3 Gadis Manis musim ketiga.

Eyka Farhana
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2011.
Bakat Eyka mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama Gemilang seterusnya membintangi drama Juvana memegang watak sebagai Nadia serta beberapa buah drama yang lain.
Tidak hanya tertumpu dalam bidang lakonan, Eyka juga berbakat dalam bidang pengacaraan.
Kini, Eyka tengah menjalani penggambaran sebagai teraju utama untuk drama Lelaki Melayu Terakhir di Itali arahan Datin Umie Aida.

Must-Watch Video