,
Laman Utama

#GempakReview: Apa Yang Berlaku Selepas Endgame? Siri Marvel, Loki Bakal Menjawab Semua Persoalan!

Hanafis Haris
09/06/2021
11:27 MYT

Selepas berakhirnya Avengers Endgame, pasti ramai yang tertanya-tanya kemanakah Loki bukan?

Namun kini, kesemua persoalan itu akan terjawab menerusi drama siri Loki yang telah mula ditayangkan hari ini.

Gempak sempat untuk menonton ‘preview’ siri tersebut dan ini antara ulasannya.

Episod satu dan dua boleh disifatkan sebagai pembukaan untuk siri Loki.

Menerusi episod ini, sebahagian persoalan penonton akan dijawab dengan cukup kemas apabila Loki dibawa ke sebuah tempat yang digelar sebagai penjaga masa atau Time Variance Authority (TVA).

Setiap penerangan panjang lebar ini penting supaya penonton tidak keliru atau terpinga-pinga.

Perlu diingatkan Loki telah membuka satu ‘timeline’ berbeza selepas melarikan diri menggunakan Tesseract.

Biarpun ‘pacing’ agak perlahan buat sesetengah penonton, namun peminat Marvel pastinya teruja melihat penjelasan dan ‘easter egg’ yang dtampilkan dalam siri ini.

Oleh itu, anda kenalah fokus dengan dialog-dialog mereka.

Episod satu dan dua juga membawa penonton mengenali apa itu TVA dan apakah fungsinya.

Banyak kejutan dan momen ‘jaw dropping’ bakal berlaku sepanjang episod ini.

Apapun, pujian harus diberi untuk pelakon utamanya, Tom Hiddleston kerana membawa karakter Loki dengan cukup konsisten.

Seperti Iron Man, watak Loki sememangnya cukup sempurna dibawa oleh Tom Hiddleston.

Begitu juga karakter Owen Wilson yang tampil dengan cukup berbeza!

Siapakah villain dalam Loki dan siapakah karakter baru bakal diperkenalkan, semuanya bakal terjawab nanti.

Anda boleh saksikan Loki menerusi platform striming Disney+ Hot Star.

Jika anda pelanggan Astro Movies Pack, hanya perlu tambah RM5 setiap bulan untuk menikmati Disney + Hotstar

Pelanggan boleh mendaftar melalui astro.com.my/Disney.

Pelanggan ‘Movie Pack’ atau pelanggan Astro yang lain diingatkan untuk mengikuti langkah mudah ini sebelum mereka mula strim.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati astro.com.my/Disney

Topic Berkaitan
Must-Watch Video