Perkongsian oleh Siti Sarah yang mempunyai perniagaan penyediaan dan penghantaran hadiah, Bumoh Surprise di Facebook miliknya benar-benar menyentuh hati ramai. Baca perkongsian yang sangat bermakna ini.
Penghantaran paling bermakna bagi aku hari ni dan aku simpan dekat sini. Penghantaran hari ni mengajar aku sesuatu - sesuatu yang susah kita nak jumpa dan kita sendiri terlepas pandang.
Kita selalu inginkan yang sempurna. Kita nak ibu bapa macam ni macam ni. Tak dapat apa-apa kita bebai. Tapi kadang-kadang cuba kita fikir mereka yang tak mampu nak bagi.
Mak abah yang tak dapat melihat. Masyallah, aku menangis ya waktu nak baca. Air mata bergenang suara aku bergetar-getar dengan harapan makcik tu takdalah perasan.
Yang paling aku nampak ialah walaupun mereka buta, aku tengok dorang gembira macam kita jugak. Tak nampak sedih langsung. Dikurniakan pulak anak yang baik, Masya-Allah.
Bila aku baca dahlah memang aku panggil mak abah aku dengan panggilan macam tu dan gelaran aku sendiri ialah kakak. Aku sendiri rasa nak berguling menangis dekat tar. Eh over pulak kau.
Mesti mak abah dia sayang dekat anak. Ingat kot hari lahir anak dia, Masya-Allah bertuahnya kamu. Terima kasih kepada yang buat tempahan ni. Betul-betul terkesan di hati saya.
Nota: Maaf, saya tukar video. Terpaksa tutup muka atas permintaan makcik ni sendiri bila kawan-kawan call dia. Tak sangka viral pulak. Selalu org terdekat saja yang tengok. Maaf ya.
Kredit Gambar/video : Facebook Siti Sarah / Bumoh Surprise
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Facebook Siti Sarah dan mendapat lebih 23,000 perkongsian, lebih 3,500 komen serta lebih 22,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Badrul Hashim
Fri Jun 12 2020
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.