Berikut adalah perkongsian Dr. Siti Sarah Aishah Suhaidi di Twitter yang menggunakan akaun @ctsarahaishah tentang vaksin influenza yang berguna untuk anda tahu.
1. Siapakah yang disyorkan ambil vaksin influenza?
a. Wanita yang hamil pada setiap peringkat kehamilan
b. Kanak-kanak dari umur 6 bulan
c. Orang tua >65 tahun
d. Individu dengan masalah kesihatan kronik (asthma, masalah paru-paru kronik, masalah jantung
e. Kakitangan kesihatan
2. Apakah jenis vaksin influenza yang terdapat di pasaran Malaysia?
Setakat ini, terdapat 4 syarikat yang memasarkan vaksin ini di Malaysia iaitu:-
a. VaxigripTetra (SanofiPasteur)
b. Fluarix Tetra (GlaxoSmithKline - GSK)
c. Influvac (Abbott)
d. SKYCellflu (SK Chemicals)
Berapakah jenis kuman influenza yang dilindungi oleh vaksin?
Kesemua vaksin influenza hanya melindungi 4 jenis kuman influenza yang disarankan oleh WHO mengikut kajian mereka dengan pemantauan jenis influenza yang bakal menjangkit pada tahun seterusnya.
Virus influenza sentiasa bermutasi & bilangan jenisnya sentiasa bertambah. Secara amnya, ia dinamakan mengikut Jenis virus (A/B/C/D)/ Tempat virus dijumpai/ Nombor strain/ Tahun dijumpai/ Subtype virus (antigen permukaan virus – H-hemagglutinin atau N- Neuraminidase ).
Secara amnya, terdapat 2 kumpulan vaksin yang disyorkan untuk negara-negara yang berlainan berdasarkan kajian WHO iaitu Vaksin “Southern Hemispehere” dan Vaksin “Northern Hemispere”.
Vaksin “Southern Hemisphere” biasanya dilancarkan pada bulan April dan digunakan oleh kebanyakan negara di Hemisphera Selatan seperti Australia, New Zealand dan sebagainya manakala vaksin “ Northern Hemisphere” dipasarkan mulai bulan Oktober setiap tahun.
Vaksin yang terdapat di pasaran Malaysia sekarang adalah vaksin “Northern Hemiphere” yang dilancarkan mulai bulan Oktober tahun 2019.
Mengapakah dikatakan Malaysia adalah istimewa dalam konteks vaksin influenza?
WHO telah menghasilkan peta “Influenza Vaccination Zone” mengikut kajian mereka untuk menentukan jenis vaksin yang digunakan mengikut 8 zon mengikut masa musim influenza negara masing-masing.
Malaysia dan Kenya x tergolong dalam mana-mana 8 zon tersebut. Negara kita dikatakan “Year-round” kerana musim influenza berlaku sepanjang tahun. Jadi, negara kita menggunakan kedua-dua jenis vaksin Southern Hemisphere (bermula April) & Northern Hemispehere (bermula Oktober).
Mengapakah vaksin influenza perlu diberikan setiap tahun?
Jenis virus influenza dalam vaksin influenza berubah setiaptahun. Sebagai contoh, bagi Northern Strain 2019-2020 yang terbaru, terdapat perubahan untuk 2 daripada 4 jenis virus influenza berbanding dengan tahun 2018-2019.
Berapakah dos yang diperlukan untuk kanak-kanak?
Secara amnya mengikut jenis vaksin yang diberikan, kanak-kanak berumur bawah 9 tahun memerlukan 2 dos vaksin influenza dengan tempoh 28 hari di antara dos jika disuntik untuk kali pertama dan 1 dos bagi tahun-tahun seterusnya.
Mengapakah kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin influenza untuk kali pertama?
Dos pertama biasanya adalah “prime” dos untuk mengaktifkan penghasilan antibodi dan dos kedua diberikan untuk menghasilkan antibodi yang optimum untuk perlindungan diri terhadap virus influenza.
Anak sulung saya dijangkiti Influenza A. Bolehkah anak yang lain dilindungi jangkitan dari anak Influenza A dengan vaksin sekarang?
TIDAK. Perlindungan yang sempurna untuk kanak-kanak bawah 9 tahun hanya 2 minggu selepas dos yang kedua.
Anak saya mempunyai alahan telur. Adakah dia selamat untuk diberikan vaksin influenza?
YA, dia adalah selamat untuk disuntik. Kajian mendapati vaksin influenza hanya mempunyai kurang daripada 1 mcg ovalbumin. Kandungan tersebut tidak akan menyebabkan alahan terhadap vaksin.
Vaksin influenza mempunyai profil keselamatan yang baik. Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah tanda-tanda yang ringan dan akan hilang dalam masa 1 hingga 2 hari. Kesan sampingan termasuklah demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak atau kemerahan pada tempat suntikan.
Bilakah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan vaksin influenza di Malaysia?
HARI INI. Sehingga tahun 2020, Malaysia tergolong dalam kumpulan “ALL-YEAR”. Maka kita mengalami pertukaran vaksin 2 kali setahun berbanding dengan negara yang lain iaitu pada bulan April & Oktober.
Jadi adalah dinasihatkan agar mendapatkan vaksin ini sebaik sahaja vaksin baru di pasaran iaitu pada bulan Oktober ataupun April.
Sekiranya berlaku perubahan, doktor anda akan menggunakan jenis vaksin yang paling sesuai dengan musim influenza negara kita.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://who.int/influenza/vaccines/tropics/vaccination_formulation/en/ dan https://cdc.gov/flu/index.htm
Having said that, ada kajian menunjukkan walaupun ambil northern strain, it will have cross protection sebab essentially, both northern dan southern strain datang dari asas yang sama iaitu A/H1N1, A/H3N2, B/Yamagata dan B/Victoria.
Kredit Gambar: Twitter @ctsarahaishah / Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Siti Sarah Aishah Suhaidi menggunakan akaun Twitter @ctsarahaishah dan mendapat lebih 6,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Gempak Spot
Wed Jan 15 2020
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum