Laman Utama

#GempakWrapped2022: Hael Husaini & Meerqeen Antara Selebriti Paling Kacak, ‘Hot Daddy’ Norman Hakim & Hariz Hamdan Makin Sado Tahun Ini

Shahrin Zulkifle
29/12/2022
14:00 MYT

Melawati fasa tahun 2022, sudah pasti pelbagai perubahan yang berlaku pada diri seseorang termasuklah bentuk fizikal badan. Malah ia turut terjadi dalam kalangan selebriti lelaki tempatan.

Selain menitikberatkan bentuk fizikal, ada juga yang mengambil peluang untuk mengubah gaya penampilan agar nampak lebih tampan dan extra kacak di hadapan umum.

Jadi siapa selebriti lelaki yang paling kacak dan sado pilihan Gempak tahun ini? Jom semak senarai di bawah.

1. Meerqeen

Tahun 2022 boleh diibaratkan sebagai tahun bertuah buat pelakon Merqeen. Pelbagai pencapaian yang diperolehi sepanjang tahun ini termasuklah menjadi calon tunggal dari Malaysia apabila tercalon dalam senarai 100 lelaki terkacak 2022 dari media antarabangsa, TC Candler.

Merqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shamer Shauqeen Saiful Izam diumumkan menerusi perkongsian di laman rasmi Twitter TC Candler pada Julai.

Merqeen turut bersaing bersama beberapa selebriti kacak lain termasuk Song Jong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi.

BACA: Meerqeen Antara 100 Lelaki Terkacak Di Dunia!

2. Hun Haqeem

Nama pelakon Hun Haqeem sentiasa perhatian wargamaya. Selain memiliki bakat lakonan yang hebat, pemilik nama penuh Haqeem Hermy, 24, turut menyorot perhatian ramai dengan wajahnya yang tampan.

Imbas kembali, pada November lalu satu perkongsian yang dimuat naik Hun di laman Instagram memperlihatkan dirinya bergambar dengan berlatar belakang sawah padi telah membuatkan ramai orang melting.

Oleh kerana Hun memiliki darah kacukan Melayu-Cina, ramai yang memberikan komen pada perkongsian tersebut dengan menyatakan wajahnya kelihatan persis artis Korea.

BACA: “Eh Ingatkan Orang Korea Mana Dekat Sawah” - Makin Handsome! Ramai Setuju Hun Haqeem Digelar Oppa

3. Hael Husaini

Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu, nama penyanyi Hael Husaini juga cukup sinonim dalam bidang fesyen.

Lihat gambar-gambarnya yang dikongsikan di Instagram, ada sahaja stail dan gaya baharu yang diperagakan oleh pelantun lagu Jampi itu.

Malah, menerusi salah satu perkongsian yang dimuat naik sebelum ini, kekacakan penghibur itu pernah dipuji peminat dan ada yang mengatakan wajahnya mirip lelaki Korea.

Tidak kurang, ada yang mengatakan dia memiliki aura yang sama dengan salah seorang anggota kumpulan BTS, V.

BACA: Peminat Sampai ‘Berdarah Hidung’ Tengok Gambar Hael Husaini - “Helok Macam Mana Nak Habaq Entah”

4. Norman Hakim

Meskipun sudah memasuki usia 46 tahun, ia tidak menjadi penghalang untuk pelakon senior Norman Hakim kekal sihat dan memiliki badan yang tegap.

Norman juga dilihat tidak lokek untuk berkongsi rutin harian dan jenis senaman yang dilakukan untuk memiliki badan yang tegap kepada pengikutnya di laman sosial.

Malah, demi memastikan kesihatan sentiasa terjaga dan otot yang dihasilkan sentiasa pada tahap yang sihat, Norman turut mendapatkan nasihat mengenai pengambilan makanan daripada pihak yang lebih pakar.

BACA: “Rupanya Ada Makanan Yang…” - Norman Hakim Dedah Kalori Tinggi Walaupun Bersenam

5. Hariz Hamdan

Nama pelakon baharu, Hariz Hamdan semakin mendapat tempat dihati peminat. Biarpun masih baru bergelar seorang pelakon, ia tidak menjadi penghalang buat Hariz untuk sentiasa berikan yang terbaik dalam lakonannya.

Selain sibuk dengan sesi penggambaran, bekas peserta Hero Remaja 2020 turut mengambil inisiatif untuk menjaga badan dan memiliki bentuk fizikal yang lebih tegap.

Malah, Hariz pernah mendedahkan dirinya tidak kisah sekiranya perubahan pada bentuk badannya itu yang kini lebih tegap mahu ‘digunakan’ dan ‘ditayangkan’ di dalam kaca televisyen.

BACA: Hariz Hamdan Tak Kisah Tayang Badan - “Sebagai Pelakon, Apa Pengarah Minta Saya Bagi”

6. Ikhram Juhari

Seperti kebiasaan kita mendengar kebanyakkan selebriti ‘membuat badan’ kerana hobi dan mengisi waktu lapang, namun lain pula yang berlaku pada pelakon Ikhram Juhari.

Sanggup berhabis RM200 sehari, Ikhram mendedahkan dia rela 'menyeksa' dirinya untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai dengan watak yang dilakonkan dalam filem berjudul Malbatt: Misi Kembara.

Jelas Ikhram, dia mengambil masa lebih kurang dua bulan lebih untuk mendapatkan fizikal yang sesuai dengan watak seorang tentera askar yang dibawanya iaitu Lans Koperal Wahid.

BACA: Ikhram Juhari Sanggup ‘Seksa’ Diri & Berhabis RM200 Sehari Buat Badan Demi Watak Tentera Askar Dalam Malbatt: Misi Kembara

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan

gempak
24/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan tampil menjelaskan mengenai tajuk sebuah artikel yang mengatakan dia melakukan babak ‘menjilat kaki’ aktres senior Farah Ahmad dalam drama Astro Original berjudul X-Change yang mengundang kecaman netizen.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
Hiburan

"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

gempak
18/07/2024
05:55 MYT
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

gempak
16/07/2024
13:25 MYT
Membuka pentas minggu pertama dengan tema Tik & Tok, 30 peserta bakal berduet dalam menampilkan kehebatan masing-masing.