,
Laman Utama

“Eh Ingatkan Orang Korea Mana Dekat Sawah”- Makin Handsome! Ramai Setuju Hun Haqeem Digelar Oppa Malaysia

Mya Amri
23/11/2022
15:30 MYT
Jika ditanya sama ada pelakon yang memiliki wajah kacak seiring dengan bakat lakonan, nama Hun Haqeem pasti menjadi sebutan peminat.
Mana tidaknya, lakonan Hun dalam setiap naskhah yang dibawanya setiap kali pasti menampakkan perubahan positif dan semakin baik.
Maka tidak hairanlah sekiranya peminat pelakon berusia 24 tahun ini semakin hari semakin bertambah.
Terbaharu, Hun sekali lagi mendapat perhatian peminat apabila berkongsi foto terbaharu yang berlatarbelakangkan sawah padi.
Foto tersebut merakamkan dirinya yang memakai baju kemeja berwarna putih sedang tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Oleh kerana Hun berdarah kacukan Melayu-Cina, ramai yang memberikan komen wajahnya kelihatan persis artis Korea.
Malah diruangan komen hantaran itu juga, para peminatnya tidak ketinggalann mengusik pelakok kesayangan mereka itu antaranya:
“Ingatkan oppa Korea manalah tadi,”
“Ingatkan orang Korea sesat dekat sawah tadi,”
“Manisnya senyum! Ini baru betul oppa Malaysia, handsome!”
“Haih cair betullah bila tengok dia senyum macam tu, sekali pandang muka tu memang ingat orang Korea,”
Terdahulu, Hun mula dikenali menerusi watak Ariff (Cari Aku Di Syurga), Qhalish (Cinta Belum Tamat Tempoh), Jekfer (Kampung People), Luqman (Angkara Cinta), Hud (Sihir) dan Dini (Ulya & Dini).
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.