Laman Utama
"Genap Sebulan Sebagai Suami Isteri" - Risteena Bersyukur Dikurniakan Isa Khan Sebagai Pasangan Hidup
Pelakon Nur Risteena meraikan usia sebulan bergelar isteri kepada suaminya Isa Khan.
Menerusi laman sosial Instagram, Risteena berkongsi sekeping foto bersama suaminya untuk tatapan umum.
“Today genap sebulan sebagai suami isteri. I’m so lucky to have you as my husband. I’m the happiest wife.
“Harini suami cakap nak bawak pergi dating makan best. Can’t wait. K, bye. Nak pergi bersiap dulu,” tulis Risteena di ruangan komen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji pasangan bahagia ini sentiasa romantik dalam perhubungan.
“Alhamdulillah selamat menyambut Ramadan to both of you,” komen seorang wargamaya.
“Hari tu sehari, pastu seminggu, pastu sebulan, pastu dua bulan, pastu tiga bulan, pastu empat bulan. Masuk tujuh bulan I nak block,” usik adiknya pelakon Ruhainies.
“Alhamdulillah saya pulak genap sebulan dah berpantang. Baby pun makin sihat dan makin montel pipinya,” kongsi seorang wargamaya.
“Sweetnya! Semoga berbahagia,” kata seorang wargamaya.
“Romantik dan penyayang suami Ris,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, pasangan ini bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Must-Watch Video