Pengacara tersohor Datuk AC Mizal menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz untuk anak bujangnya, Muhammad Reeve Damien bersempena sambutan ulang tahun ke-18.
Menerusi laman sosial Instagram, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 51, memuat naik video momen membuat kejutan tersebut yang turut dihadiri oleh isterinya, Emylia Rosnaida.
“Buat anak lelaki kami, Reeve Damien, anda membahagiakan kami setiap tahun dan anda terus mengisi kehidupan kami dengan senyuman dan hati baik anda.
“Terima kasih kerana menjadi anak lelaki yang cukup hebat. Saya sangat bangga dengan anda,” tulis mereka berdua di ruangan kapsyen.