Laman Utama

Genggam Ijazah Kelas Pertama, Sherrie Anak Orang Asli Pertama Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia

Gempak
18/09/2022
06:50 MYT
Bukan mudah untuk melakar kejayaan cemerlang, melainkan dengan kerja keras dan rajin berusaha. Orang asli di negara kita kini boleh tersenyum bangga dengan kejayaan suku kaum mereka, yang hebat dan cemerlang melakar kejayaan di universiti terkemuka dunia, sekaligus mengharumkan nama negara.
Menerusi Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA), Susherrie Suki mencipta sejarah dari suku kaum Semai berjaya menamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Bartlett School of Planning di University College London (UCL), United Kingdom (UK) dalam bidang Perancangan Bandar & Hartanah (Bachelor of Science Urban Planning & Real Estate with First Class Honours).
Sherrie merupakan pelajar Orang Asli yang mendapat tajaan Biasiswa MARA di bawah Program Young Talent Programme (YTP) untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Mudanya di mana sebelum ini juga mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 10 A’s.
Sherrie juga merupakan Graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama dari University College London (UCL).
UCL merupakan sebuah universiti terkemuka di dunia di mana ranking atau kedudukan semasa Universiti ini adalah di tangga yang ke-8 dunia (QS World University Ranking 2023) & juga di tangga yg ke-4 bagi universiti di UK.
Orang Asli Suku Kaum Semai Sherrie juga berasal dari negeri Perak di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak & Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.
Gadis cemerlang ini juga kini telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar & Perancangan Bandar (Urban Design & City Planning) di Universiti yang sama.
Fasih 4 Bahasa Bukan itu sahaja, Sherrie juga fasih berbahasa Orang Asli Semai, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Mandarin dan Bahasa Melayu di mana dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti dan di luar universiti.
Antaranya sebagai Ahli dalam Pertubuhan Diraja Perancangan Bandar (Royal Town Planning Institute – RTPI), Ketua Biro Publisiti di Bartlett Urban Planning Society, Ketua Biro Perhubungan & Korporat di UCL Malaysia Society, Ahli Persatuan Orang Asli Perak (POAP) dan Ahli Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA).
Tahniah di atas kejayaan gadis muda ini yang merupakan anak orang asli pertama berjaya meraih keputusan cemerlang menggengam ijazah kelas pertama di universiti terkemuka dunia. Semoga menjadi inspirasi buat kita dan suku kaum orang asli yang lain juga dalam melakar kejayaan, sekaligus mengharumkan nama negara.
Sumber: Mingguan Wanita
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.