Akaun Instagram penyanyi dan pelakon muda, Naim Daniel dihujani pelbagai komen nakal netizen apabila dia memuat naik satu gambar menayangkan badannya.

Menerusi gambar tersebut, Naim dilihat hanya menyarung seluar pendek tanpa memakai sebarang baju.

"Jom mulakan daripada awal," tulis Naim ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji tubuh badan Naim yang kelihatan semakin sasa.

Malah, tidak kurang juga yang mengusik penyanyi itu yang semakin pandai menayang badan.

Berikut antara komen dan reaksi menarik netizen.



Sekadar info, Naim memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon kanak-kanak semenjak tahun 2008.

Kini, Naim turut dikenali sebagai penyanyi dan single terbarunya, Sumpah sedang menjadi kegilaan peminat muzik tempatan.

Tambah membanggakan lagu terseut juga layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang bakal berlangsung 9 Februari ini.

let’s start from scratch shall we?

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on