Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Giliran Ray Tinggalkan ERA Selepas 19 Tahun Berkhidmat

Gempak
09/08/2024 09:55 MYT
Penyampai radio ERA, Ray mengundurkan diri dari konti radio Eera bermula hari ini selepas 19 tahun berkhidmat kepada pendengar setia.

Ray merupakan penyampai ERA paling senior meninggalkan keluarga besar stesen radio nombor 1 di Malaysia.

Tinggalkan ERA

Antara segmen yang pernah dikendalikan Ray termasuklah Riuh Pagi ERA, Johara Pagi ERA dan Petang ERA.

Pengurus Saluran ERA, Azah Sahrin berkata, permulaan kerjaya Ray di Astro Radio adalah sebagai Skuad ERA sebelum beralih kepada penyampai radio amat bermakna buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampilkan Rupa & Bentuk Badan Yang Pelbagai, Penyampai Radio ERA Jadi Model Catwalk KLFW

​ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

​ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

​ARTIKEL BERKAITAN: Jaga Bapa Mentua Sakit Seikhlas Hati Tapi Ipar Duai Tuduh Gila Harta, Suami Pula Cari Teman Lain - “Saya Terpaksa Pura-Pura Kuat…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Persembahan Maal Hijrah Dengan Robot, Ini Respons Penyanyi Mawi - "Saya Hanya Dijemput Untuk ..."


“Ray seorang yang sangat bersahaja, penuh humor dantidak lokek ilmu dikongsikan terutama sekali kepada penyampai radio yang baharu.

“Sering juga menjadi rujukan rakan-rakan penyampai lain agar kandungan segmen radio di ERA sentiasa dikemas kini sering dengan kehendak pendengar.

“Selain itu, Ray juga memiliki sikap pemurah kerana sering belanja makan kepada rakan sekerja dan membantu jika berlaku kesusahan.

“Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya, terima kasihtidak terhingga kepada Ray kerana jasanya itu amat besar untuk dibalas.

Selain itu, Astro Radio juga mempunyai sejarah membanggakan dalam melahirkan bakat luar biasa dalam industry penyiaran radio. Astro Radio juga terus komited untuk bawa hiburan terbaik kepada pendengar.

#Astro Radio #Ray #Era