Pelakon yang pernah popular menerusi X-Files, Gillian Anderson nekad dengan pendirian untuk tidak lagi memakai bra.

Menerusi Instagram Live pada Isnin, Anderson, 52, memberitahu dia tidak selesa lagi untuk memakai coli dan tidak kisah sekiranya payudaranya menjadi kendur.

"Aku sudah tidak pakai bra lagi. Aku tak boleh pakai. Maaf.

"Aku pun tak kisah sekiranya payudara kendur hingga sampai ke perut. Pakai bra buat aku rasa tak selesa," katanya.

A post shared by Gillian Anderson (@gilliana)


Seperti Anderson, beberapa selebriti popular Hollywood berpegang pada pendirian sama untuk menolak memakai bra dengan pelbagai alasan.

Gwyneth Paltrow misalnya, pelakon itu menganggap memakai bra akan berdepan risiko kanser payudara biarpun pandangannya itu belum ada bukti saintifik.

Manakala Kendall Jenner mengaku jarang memakai coli termasuk ketika muncul di tempat khalayak ramai kerana kurang selesa.

"Soal keselesaan itu subjektif, aku benar-benar tidak peduli! Itu seksi dan aku tiada masalah dengan bentuk payudaraku," nyatanya.

Kredit: Instagram Gillian Anderson, InStyle, Interview Magazine