Hiburan
GMWA 2024: Kembali Lagi, Digital Creator Foodie, Beauty & Fashion Tergempak Antara Kategori Baharu Diperkenalkan
Platform hiburan digital No.1, Astro Gempak kembali mempersembahkan anugerah berprestij Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA2024)
Penganjuran kali ini menampilkan kandungan-kandungan terhangat dan terkini sepanjang 2024 menerusi pengenalan calon-calon Top 20 yang telah disenarai pendek menerusi 11 kategori utama.
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA23: Anak Terengganu Menang Boh! Pok Ro Bawa Pulang Tro Gamers Tergempak
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA23: Meerqeen, Naim Daniel, Anna Jobling & Dolla Dominasi Gempak Most Wanted 2023
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA23: Dr. Say, Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Projek: High Council & DAMELO Antara Yang Tersenarai Dalam Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA2022: Berduet Dengan Penyanyi Vokal Mantap, Marsha Milan; "Double M Bergabung Meletup"
Penganjuran GMWA24 turut memperkenalkan tiga kategori baharu yang melengkapi kesemua 11 kategori utama, sejajar dengan penglibatan dan perubahan jaringan trend terkini pengguna media sosial.
Kategori baharu yang diperkenalkan adalah Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty&Fashion) Tergempak dan Program Digital Tergempak.
Berikut senarai calon TOP 20 GMWA24:
GMWA24 mengekalkan format penjurian yang sama, di mana para peminat diberi kuasa penuh untuk menentukan pemenang pada setiap kategori.
Undian pula dibuka kepada dua fasa yang merangkumi fasa undian menentukan Top 5 yang dipilih daripada senarai pencalonan Top 20 dan fasa undian untuk menentukan pemenang utama.
Undian fasa pertama: Top 20 Gempak Most Wanted 2024 bermula 28 November 2024, 12 malam sehingga 28 Disember 2024, 11.59 malam.
Sebanyak 30 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.
Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.
Must-Watch Video