#GMWA24: “Sebelum Ni Kalau Cerita Fasal Ilmu Orang Kata Sendu, Tak Sangka Ada Juga Yang Hargai Konten Berfaedah” - Mdno Rasa Dihargai
Personaliti media sosial, Mdno berpendapat acara seperti Anugerah Gempak Most Wanted wajar diadakan sebagai tanda menghargai mereka yang melakukan konten-konten bermanfaat.
Menurut Mdno atau nama sebenarnya Muhammad Noor Zakaria, acara sebegini merupakan satu inisiatif yang bagus dalam memberikan semangat kepada pencipta kandungan untuk terus menghasilkan kandungan berfaedah.
“Saya rasa okay sebab bila ada acara seperti ini, dalam masa yang sama ia mengangkat usaha usaha mereka yang ada membuat konten bermanfaat.
“Sebab sebelum ini kalau bercerita tentang ilmu dan sebagainya anda akan dikatakan sebagai sendu, tak ada orang yang akan berminat untuk tengok konten berkenaan.
“Tapi bila adanya acara sebegini sekurang kurangnya kita rasa semangat. Macam saya, saya rasa ada juga orang nampak, orang hargai konten konten bermanfaat.
“Jadi secara tak langsung kita akan ada inisiatif untuk lakukan konten seperti itu lagi,” katanya.
Mdno berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas acara Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.
Semoga ramai tampil dengan konten ilmiah
Dalam pada itu, Mdno juga berharap agar ada lebih ramai lagi pencipta kandungan tampil dengan konten konten ilmiah dan memberi manfaat kepada masyarakat selepas ini.
“Satu lagi saya nak beritahu, kita selalu cakap TikTok atau pun sosial media ini benda yang tidak baik. Kita lah yang menjadi atau menyumbang kepada konten konten yang positif.
“Sebagai contoh kalau ada 100 orang buat konten menari, anda jadilah 100 orang yang buat konten berilmiah, jadi barulah kita boleh seimbang,” jelasnya.
Tetdahulu, Mdno merupakan finalis top 5 bagi kategori ‘Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak’ Anugerah Gempak Most Wanted 2024.
ARTIKEL BERKAITAN:#GMWA24: Penjejak Fakir Jalanan, Abbe Hae Dinobat Penerima Anugerah Khas Keluang Man Of The Year
ARTIKEL BERKAITAN:#GMWA24: Amin & Abid Memang Power! Menang lagi Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak
Bagaimanapun, anugerah tersebut dimenangi oleh pempengaruh dan juga guru iaitu Fathi Hussein.
Fathi atau lebih dikenali sebagai Sir Fathi menewaskan empat pencabar lain iaitu Dr Say Shazril, Adzrin Azhar, Muhammad Nor, dan Tun Laila.
Untuk info, Mdno merupakan pegawai makmal perubatan Dunia Lab dan sering berkongsi konten mengenai isu semasa dan kesihatan.