,
Gaya Hidup

“Mandul Bukan Hanya Pada Wanita” - Kaum Lelaki Jangan Anggap Pemeriksaan Air Mani Perkara Ringan, Ibu Mentua Tak Perlu Salahkan Menantu

Ernalisa
24/09/2024
12:55 MYT
Kuantiti air mani merupakan satu topik yang cukup sensitif untuk dibincangkan bagi kaum lelaki.
Perkara itu juga turut diakui oleh Pegawai makmal Perubatan Dunia Lab iaitu Muhammad Noor Zakaria
Menurut Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali sebagai Md Noor, kebanyakan lelaki akan berasa segan untuk menyentuh isu ini memandangkan masih dianggap ‘tabu’ dalam kalangan masyarakat kita.

BERITA BERKAITAN : Skill Dibandingkan, Chef Wan Tak Dengki Dengan Pencapaian Khairul Aming - “Dia Juga Sumber Inspirasi Saya”

BERITA BERKAITAN : Berita Kematian Ibu Tersebar, Nubhan Tampil Beri Penjelasan - “Jangan Salah Sangka…”

BERITA BERKAITAN : “Untuk Usia Macam Saya Ni..." - Tyzo Tak Pernah Nak Permainkan Hati Lydia Rosli, Tahu Perasaan Tersakiti Masa Bercinta

BERITA BERKAITAN : Azhar Sulaiman Sokong Kalau Leona Kahwin Muda, Hanya Harap Bakal Menantu Ada Sijil Dalam Bidang Akademik

Disebabkan itu, mereka lebih memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mendapatkan rawatan lanjut mengenai masalah dalaman dihidapi.
Ini termasuklah kesukaran untuk mendapat anak adakalanya berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kesuburan, Md Noor berkata kebanyakkan mentua zaman sekarang lebih cenderung menyalahkan kaum wanita dengan menyifatkan mereka sebagai 'mandul' atau tidak subur.
Walaupun agak pedih dan mungkin boleh menjatuhkan ego seorang lelaki, namun kata Md Noor stigma wanita mandul tidak boleh diguna pakai.

"Mitos yang tak tepat yang saya perlu bagi tahu, orang suka cakap lelaki bila mati pucuk dia tak subur Jadi apabila pemikiran seperti itu ada dalam kepala, salah.

“Sebenarnya tiada kena mengena pun. Bila ada pemikiran begitu,ramai yang rasa diri dia okay sahaja. Sama juga dengan pemikiran ibu mentua, kerap akan salahkan menantu perempuan.
“Sebab pandangan dia adalah, kalau anda boleh ‘perform’ maksudnya anda sihat, bila sihat maksudnya anda tidak mandul, salah.
“Kalau nak tahu sama ada anda subur atau tidak, anda kena tahu ada yang anda ada sperma dalam air mani atau tidak,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Md Noor menegaskan ujian air mani merupakan salah satu ujian penting untuk dijalani oleh pasangan yang ingin menimang cahaya mata.
Katanya, kebanyakkan wanita menjalani pelbagai jenis ujian kesuburan bagi mengenal pasti sebarang punca masalah untuk mendapatkan anak, walhal ketidaksuburan itu mungkin berpunca daripada suami.
"Dalam situasi tertentu, ujian air mani boleh disarankan sebagai ujian pertama dalam usaha mengesan masalah ketidaksuburan.
"Ia berikutan ujian ini selamat, lebih mudah untuk dijalankan, tidak invasif dan agak murah berbanding dengan ujian kesuburan wanita.
"Jika puncanya memang datang daripada lelaki, masalah kesuburan itu lebih mudah untuk dikenal pasti dan dirawat. Sebab kalau ujian kesuburan wanita ini agak rumit,” katanya.
Bagaimanapun kata Md Noor, stigma yang berkait dengan ketidaksuburan serta masalah sperma boleh menyebabkan lelaki berdepan dengan isu kemurungan atau pun ada yang berasa tercabar hingga menggugat perhubungan suami isteri.

"Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesuburan lelaki, perubahan gaya hidup yang baik serta pemantauan daripada pakar perubatan dapat membantu dalam merealisasikan impian membina sebuah keluarga.

“Ubat-ubat vitamin seperti vitamin E, B12, D dan C oenzyme Q10, zinc, folic acid, gluthatione, selenium, carnitine dan arginine juga boleh membantu pembentukan sperma yang sihat dan banyak,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

gempak
22/09/2024
23:55 MYT
Seorang peniaga makanan bergoreng yang hidup miskin mempunyai dua orang isteri dan tinggal di sebuah rumah daif di wilayah Jawa Timur.
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.