Program hiburan dari Indonesia, Golden Memories Asia yang kini hangat bersiaran di Astro Rania nampaknya makin 'pecah'.

Setelah melalui beberapa episod, program nyanyian yang pertama kali ditayangkan pada tahun lalu itu kini semakin digemari dan menjadi ikutan para penggemar muzik muzik dari era 1790 sehingga 2000.

Antara yang mencuit hati dan menjadi bualan adalah bagaimana barisan para juri dan hos yang tak berhenti 'buat hal' setiap kali pertandingan berlangsung.

Mereka termasuklah Iis Sugianto, Ikang Fauzi, Titi DJ dan Hetty Koes Endang, serta Trio Golden; Soimah, Harvey Malaihollo, dan Samuel Wattimena dan Amy Search.

Barisan juri dan komentator memainkan peranan penting bukan sekadar memberi pemarkahan dan menentukan pemenang, tetapi ikut menghidupkan Golden Memories Asia.

'Pertelingkahan kecil', pendapat yang berbeza, cita rasa yang sama selalu menggamatkan program yang dimulai dengan 24 peserta dari enam buah negara Asia termasuk Indonesia, Brunai, Singapura, Filipina, Malaysia dan Timor Leste ini.



Keletah mereka mengusik para peserta tetapi dalam masa yang sama memberi ilmu buat semua peserta ini adalah nilai tambah buat Golden Memories Asia.

Tak percaya macam mana 'pecah' dan 'buat halnya' semua panel juri ini, jangan terlepas saksikan program ini.

Golden Memories Asia kini ditayangkan di Astro Rania saluran 112 HD setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 hingga 11 malam dan Sabtu serta Ahad pada pukul 11 pagi hingga 1 petang.