Pelakon Korea, Goo Jae Yee mendedahkan bakal menamatkan zaman bujangnya Disember depan.

Berita gembira itu diumumkan oleh agensinya My Company baru-baru ini.

Menurut agensinya, pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 30 Disember depan.

“Perkahwinan mereka akan diadakan di Seoul dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat,” ujarnya.

Tambah My Company lagi, tunang Jae Yee bukanlah dikalangan selebriti sebaliknya merupakan seorang profesor.

“Walaupun bukan selebriti, tunangnya merupakan seorang profesor yang kacak. Dia kini bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di Perancis.

“Mereka berdua dikenalkan oleh sahabat masing-masing. Selepas beberapa tahun bercinta akhirnya pasangan ini membuat keputusan untuk berkahwin.

“Selepas berkahwin, Jae Yee akan berulang-alik dari ke Korea dan Perancis untuk mengimbangkan tugaskan sebagai seorang isteri serta kerjaya sebagai pelakon,” jelasnya.

Tahniah diucapkan kepada Jae Yee dan tunangnya.

Sumber: Soompi