Buat mereka yang sudah menonton Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang ditayangkan sejak 16 Julai lalu pasti terasa ada sesuatu yang tidak lengkap.

Ini kerana watak Kay atau Kak Ngah yang dilakonkan oleh Susan Lankester tidak kelihatan.

Namun, menerusi satu posting di Instgram Astro Shaw baru-baru ini, Kak Ngah telah pun mendedahkan punca ketiadaannya dalam filem tersebut.

Menurut Kak Ngah, dia tidak menyertai rombongan ke rumah Faris disebabkan dia kini berada di Norway.

“Bukan saya nak escape dari wedding Faris, tapi dah lama Kak Ngah plan dengan kawan-kawan nak pergi Norway.

“Kak Ngah guna duit husband dengan duit kutu,” katanya.

Anda boleh lihat posting penuh tersebut di bawah.

View this post on Instagram

Lepas ramai yang tanya-tanya mana Kay, mana Kak Ngah, mana Kepochi tu. Tak best lah Kay takde, tak best la Kak Ngah takde.. rindu lah minah salleh menantu paling taat Mak Jah tu. Ha nah! Pengubat rindu untuk semua. ?? . Keluarga Iskandar The Movie Kini di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rania_411 @rajaema @wanhaslizawz @klmotionpicturecompancy . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AllahKanDahSetFromTheTop #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.