Satu akaun di Platform X baru-baru ini dikritik oleh warganet apabila menggunakan nama kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang menjadi mangsa pembunuhan sebagai salah satu cara pemasaran produk di media sosial.

Tak Jaga Sensitiviti

Menerusi entri yang dimuat naik, akaun tersebut dapat dilihat tanpa rasa bersalah menggunakan 'marketing' murahan semata-mata ingin meraih perhatian ramai pihak.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: Siasatan Demi Siasatan Merungkai Kepada Kisah Gelap, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Zayn Rayyan!

"Tengah baca-baca kes Zayn Rayyan. Misteri betul ya kisahnya. Moga yang terbaik untuk arwah Zayn Rayyan.

"Kalau korang penat berfikir, rehat sekejap," tulis akaun itu.

"Melampau sangat kau ni!

Cara pemasaran berkenaan mencetuskan kemarahan majoriti warganet di mana rata-ratanya menyifatkan posting yang dibuat sebagai sesuatu yang melampau serta tidak sensitif terhadap kes pembunuhan yang sedang hangat diperkatakan itu.

BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001 - Polis





Begitupun, menerusi tinjauan terkini, hantaran tersebut telah pun dipadamkan.

BERITA TRENDING:Ibu bapa Zayn Rayyan Sedang Jalani Rawatan Psikologi - Peguam

Sekadar info, Zayn Rayyan sebelum ini ditemui meninggal dunia di kawasan sungai pada 6 Disember 2023.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: "Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan" - Peguam

Siasatan terhadap kes tersebut masih dijalankan sehingga kini di mana ibu bapa berserta datuk dan nenek kanak-kanak berkenaan turut ditahan baru-baru ini demi membantu siasatan.

Sumber: Platform X