Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

Berdasar siasatan polis

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pertuduhan yang dijalankan pada hari ini melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis.

"Dalam pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh hanya menyatakan pengabaian dan bukan penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

"Pertuduhan dijalankan berdasarkan bukti yang ada berdasarkan keterangan pihak pendakwaan, buat masa ini, itulah pertuduhannya dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak terhenti.

"Kami yakin pihak polis akan terus jalankan siasatan bagi mencari pelaku sebenar sehingga boleh dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret supaya masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan, Fahmi berkata, mahkamah hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian