,
Skop

'Ravi Everest' Dedah Kesilapan Terbesar Pendaki, Kongsi Lima 'Tips' Penting!

Hanafis Haris
14/11/2017
01:31 MYT
Tidak dinafikan aktiviti mendaki gunung semakin menjadi kegilaan anak muda pada masa kini. Baik di bukit atau gunung sekitar Malaysia, puncak gunung di luar negara juga kian menjadi buruan golongan ini.
Aktiviti lasak ini bukan saja baik untuk kesihatan malah mampu memberi kepuasan diri terutama apabila sampai ke puncak utama, melihat pemandangan indah!
Namun, di saat kita teruja untuk mendaki, banyak perkara sepatutnya harus diambil kira. Jika salah langkah, ia bukan saja boleh mengakibatkan kecederaan dan maut tetapi boleh buat kita sesat di hutan.
Rojak Daily Skop! berkesempatan menemubual Ravi Tharumalingam yang digelar sebagai ‘Ravi Everest’ selepas berjaya melakukan ekspedisi ke Gunung Everest sebanyak dua kali. Ravi turut berkongsi lima ‘tips’ asas ini untuk panduan pendaki di luar sana:
1. PENDAKI PERLU ADA ILMU
Gunung Kinabalu antara lokasi pilihan pendaki untuk menguji ketahanan diri mereka. Golongan muda zaman sekarang lebih cenderung mendaki mengikut keinginan sendiri dan bukan berdasarkan ilmu pengetahuan. Sebab itulah banyak kejadian hilang atau kecederaan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Menurut Ravi, sebelum mendaki, anda seharusnya membuat kajian terlebih dahulu berhubung lokasi yang dituju. Selain memahami laluan atau ‘trail’ setiap kawasan, anda juga harus meneliti keadaan cuaca di sana.
Selain itu, pendaki juga harus mempelajari ilmu ‘survival’ supaya insiden di luar jangkaan mampu diatasi dengan tenang. Banyakkan bergaul dengan individu yang lebih banyak pengalaman atau luangkan masa dengan kelab atau persatuan yang berkaitan.
2. 'BABY STEP!'
Jangan terburu-buru, bergerak dengan perlahan supaya tidak cepat penat. Kesilapan paling selalu dilakukan oleh pendaki adalah menjaga tempo pergerakan dan langkah mereka. Jelas Ravi, cara terbaik ketika mendaki adalah menggunakan keadah ‘baby step’ atau langkah yang minima.
Ketika anda mendaki, pastikan perjalanan itu tidak terburu-buru dan langkah yang diambil harus dalam jarak yang kecil. Langkah kecil ini tidak memerlukan daya tenaga yang banyak sekali gus mengurangkan rasa penat dan masalah kejang otot pada bahagian peha.
Antara 'tips' untuk menguatkan otot peha dan kaki adalah dengan melakukan senaman di tangga dan angkat berat. Otot yang kuat mengurangkan kadar kekejangan ketika mendaki.
3. JAGA PERNAFASAN, KURANGKAN BERCAKAP
Kurangkan bercakap perkara tidak penting yang boleh mengganggu tumpuan anda. Ini antara yang paling penting ketika melakukan pendakian tinggi. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah kurangkan bercakap!
Ini kesilapan paling ramai dilakukan pendaki sekiranya mendaki secara berkumpulan. Terlalu banyak bercakap menyebabkan aliran oksigen dan pernafasan terganggu.
“Sebab itulah anak muda yang tidak memahami ilmu asas ini selalu kecundang untuk sampai ke puncak,” katanya.
Untuk pendakian pada aras tinggi lebih daripada 2,000 meter, anda juga harus tahu mengenai Acute Mountain Sickness (AMS). Ia adalah situasi yang mampu mengancam nyawa anda kerana ia menyerang paru-paru dan otak. Ramai pendaki yang mati kerana masalah ini terutamanya membabitkan ekspedisi ketinggian lebih 8,000 meter.
Untuk mengurangkan kadar AMS daripada berlaku, anda perlu kurang menjalani aktiviti fizikal selama 24 jam pertama. Minum banyak cecair, dan elakkan minuman beralkohol. Selain itu anda juga disarankan untuk ambil makanan karbohidrat tinggi.
4. KELENGKAPAN RINGKAS
Cermin mata berkualiti ini mampu memberikan penglihatan yang jelas dan terang ketika mendaki dalam keadaan panas terik. Adakah anda percaya terhadap penggunaan ‘adidas kampung’ yang pernah tular baru-baru ini? Bagi Ravi, kasut yang bagus adalah kasut yang dicipta khas untuk mendaki.
Paling penting ia mempunyai ‘spring’ yang baik untuk keselesaan ketika mendaki. Dari segi pakaian pula, anda harus memakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Pakaian sebegini boleh menghalang daripada gangguan nyamuk, pacat atau sebagainya. Oleh itu tidak perlu membawa semburan tertentu.
Kaca mata yang berkualiti juga mampu mengelak anda daripada terkena kesan cahaya matahari yang boleh mengurangkan kadar fokus pendakian. Air dan sedikit makanan juga penting untuk mengembalikan kepenatan.
5. KUASAI LALUAN KE PUNCAK
Tidak kiralah dalam atau luar negara, pastikan anda tahu selok belok perjalanan anda. Jangan main redah saja! Pernahkah anda memasuki hutan atau lokasi pendakian yang mempunyai banyak laluan? Di Malaysia banyak tempat pendakian mempunyai lebih daripada satu laluan.
Bagi Ravi, laluan keluar masuk seharusnya tidak melebihi daripada satu kerana ia boleh membuatkan pendaki keliru. Anda haruslah melihat dahulu peta laluan ke puncak dan memahami selok belok sepanjang jalan terbabit.
Mulalah belajar menggunakan kompas dan peta kerana ia mampu menyelamatkan nyawa anda jika tersesat. Paling penting pesan Ravi, jangan ‘over confident’! Bertegur sapalah dengan setiap individu yang anda selisih. EKSPEDISI EVEREST DUA KALI DALAM DUA TAHUN
Untuk anda yang belum mengenali Ravi, individu ini berpengalaman luas dalam mendaki pelbagai gunung tinggi.
Pencapaian tertinggi beliau adalah menjalani ekspedisi Gunung Everest bagi laluan utara dan Selatan.Selain itu Gunung Mount Shishapangma, Mount Cho Oyu dan Manaslu antara yang turut ditawan.
Sasaran seterusnya bagi individu ini adalah untuk melunaskan misi Grandslam yang mana beliau perlu menempuh 14 Gunung di atas ketinggian 8,000 meter termasuk The Seven Summits (semua puncak tertinggi di setiap benua).
SAKSIKAN PROGRAM 'WISHLIST' 31 DISEMBER INI
Hasrat Amir (kiri) untuk Annapurna akhirnya tercapai! Pendakian selamat hampir satu jam setengah di Bukit Gasing, Petaling Jaya baru-baru ini bersempena dengan program episod akhir Wishlist Musim Kedua, 'Road to Annapurna with the #MyEGhero Amir!' yang akan bersiaran di Astro Supersport, 31 Disember ini.
Bagi episod kali ini Amir Asyraf Zainudin, 21 pelajar jurusan bisnes antarabangsa daripada Management and Science University (MSU) dipilih sebagai individu bertuah untuk dibawa ke Kem Induk Annapurna, Nepal pada ketinggian 4,130 meter.
“Usaha saya menghantar banyak gambar dan video ketika mendaki di pergunungan di Malaysia kepada pihak Wishlist berbaloi apabila saya dipilih menjadi sebagai pemenang,” katanya yang turut disokong oleh perkhidmatan MyEG sebagai MyEG Hero mereka.
Ravi memberikan panduan asas kepada Amir (dua dari kiri) sebelum mendaki Bukit Gasing. Wishlist adalah ‘travelogue’ siri terbitan Astro Supersport yang dihoskan oleh Reem Shahwa dan Mark O’dea bagi menunaikan impian peminat sukan di Malaysia.
Sebelum ini, sebahagian peminat yang bertuah dibawa untuk melihat perlawanan pasukan Liverpool secara langsung, meluangkan masa bersama Lewis Hamilton serta menyaksikan pelawanan gusti WWE Wrestlemania.
Jangan lupa saksikan episod akhir Wishlist musim kedua pada 31 Disember ini di Astro SuperSport CH810/HD CH831 dan Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung perjalanan mereka ke Annapurna, anda boleh ‘follow' Instagram Stadium Astro dan Wishlisttv.
Related Topics
Must-Watch Video
Advertorial

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati, Ini 5 Tips Pencegahan Tulang Rapuh!

gempak
22/11/2024
10:25 MYT
Pernah atau tidak, anda semua merasai sakit di bahagian tulang atau sendi? Jika pernah, itu adalah tanda-tanda awal mengalami masalah tulang rapuh.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Berita

Lelaki Myanmar Mengaku Bersalah Korek Mata Mangsa Hingga Cacat Kekal

gempak
22/11/2024
09:25 MYT
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki sehingga mengalami kecacatan kekal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, Sabtu lalu.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Unitar